Domo

Monday, 10 September 2012

PENGHIJRAHAN SEORANG HAMBA

Assalamualaikum wahai pembacaku sekalian.. (tak jawab dosa jawab sayang)

Hee dah lama dah tak update blog ni.. Dah bersawang dah pun.. Mana tak bersawang sebulan lebih tinggal.. Sorryla ye.. terAMATlah busy skarang ni sampai tak sempat nak mengupdate. So mari kita mulakan operasi pembersihan sekrang..

First of all. Pija nak bagi tahu satu berita gembira iaitu Pija dah jadi pelajar universiti.. (gembira ke??) Kalau zaman dulu kot ye gembira zaman sekarang masuk universiti tu ah jadi kebiasaan.. Betul tak?? But apa-apa pun alhamdulillah dapat juga masuk universiti pilihan bukan senang tau nak bersaing dengan berpuluh ribu orang kat Malaysia ni nak masuk universiti. Ada ja kawan-kawan Pija yang tak dapat universiti.. Cian ngan diorang tapi tak pe bagi Pija apa yang Allah tentukan tu ada hikmahnya. Setiap ujian yang Allah berikan Allah nak kita kuat :) So sape yang dapat universiti tu cepat bersyukur walaupun universiti korang tak suka korang reda je ya.. Jangan nak memilih sangat.. Kang tak dapat sambung belajar baru tau..


So Universiti apa Pija masuk?? Kos APA?? Okey let me tell you.. Pija masuk Universiti yang baru berusian lebih kurang 10 ke 12 thun ntah.. Cer teka??? Ngee.. :D Pija masuk USIM la atau nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia.. Kat mana?? Kat Nilai dekat ngan KLIA kalau lalu highway nak p KLIA tu memang nampak la bilik Pija ni.. Tapi jangan teropong ye nanti naik ketumbit kat mata haha..




Kos yang Pija ambil Pija tau akan menimbulkan kemusykilan bagi sesetengah pembaca kosnye ialah SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO) Mesti ada yang muka macam ni "*o*  haha. Okla kos Pija ni berkaitan dengan math.. Disebabkan Pija ni terlalu cintakan Math so pas matrik Pija terus cari kos berkaitan dengan math ni. Masa isi borang UPU fasa 1 Pija banyak isi cikgu sekali haha x lepas ujian MEDSI.. so masa UPU fasa 2 terpaksa tukar banyak kos. Tapi masa UPU fasa 2 masa tu Pija ada kat Tanah Suci Mekah taw.. Kat sana memang tak der internet.. So apa yang Pija buat.. Apa lagi mencari bantuan di Malaysia la.. Pija kol cik hubby dari Mekah tau.. memang sangat susah.. Dahla Pija tak tau lagi kos apa nak.. ada kat u mana. n macam2 lagila.. So mmg berharap kat cik hubby sepenuhnya. So cik hubby di Malaysia pun menjalankan tugasnya dengan bgtaw kos itu ini u itu ini.. Sedikit sebanyak membantula. Alhamdulillah ada cik hubby kalau tak mungkin skaang Pija dilelong atau tak masuk universiti dah.. Kol cik hubby dari sana sampai abis kredit tau. Tapi yang bestnya disebabkan inila family Pija dah tau pasal Pija ngan cik  hubby ingatkan nak kena marah tapi ajaib mak cuma tanya orang mana ja.. Abah siap nak beli jubah kat cik hubby. but cik hubby bkan species pkai jubah.. so kalau beli pun tak pakai buat pe kan. 

So masa tgh nak suruh cik hubby isi pilihan u tu sangatla risau yela isi ni paling penting tau untuk masuk u. Pija yang minat sc aktuari ni pun suruhla cik hubby tgk u mna ada kos ni. Cik hubby pun cakap ada 4 u ja UITM, UKM, USIM ngan UM. Pada mulanya family Pija tak bagi sebab kos ni susah dapat yela kakak Pija dulu 4 flat minta kos ni tapi tak dapat. Tapi disebabkan minat Pija cakap kat cik hubby nak juga satu so Pija pun suruh cik hubby letak kat USIM. Yang lain Pija minta major math ngn major statistic semuanya.

So bila hari nak semak keputusan UPU adoi jantung macam nak terkeluar. Masa hari check result ni Pija kat kampung so mana la nak ada internet then Pija check guna SMS ja dia tulis 'TAHNIAH ANDA DITAWARKAN QS10. SILA BUKA LAMAN WEB UPU UNTUK MENGESAHKAN TAWARAN' reaksi pertama QS10 menatang pa?? U mana?? Kos apa?? Manala aku hafal kod2 ni. Pastu time tu bka laman web upu guna no digi fizah buka memalui phone. Tengok la USIM SC AKTUARI. Time tu dah gelak sorang-sorang. Pija memang tak jangka suka-suka ja isi tengok-tengok dapat. Alhamdulillah. Tapi terpikir balik kos ni apa yang Pija baca dan pengalaman orang yang belajar diorang cakap kos ni memang susah teramat sangat tapi bila dah kerja gaji memang lumayan. Tak ramai yang tahu kos ni terutama orang melayu kat Malaysia ni cina ja yang banyak kuasi kerja ni. So apa-apa pun Pija akan try my best. Tapi tu la orang melayu bila Pija cakap Pija dapat kos ni ada yang cakap kesian hang kan dapat kos susah. Ish saja nak patahkan semangat orang. Pija tahu Allah dah bagi yang terbaik untuk Pija. So Pija akan berusaha sedaya upaya untuk mak ayah pija. agama, bangsa dan negara.. Aisehh. So for those yang berminat nak tau lebih mendalam pasal sains aktuari ni boleh la baca kat sini http://harithfaisal.blogspot.com/2010/09/seorang-aktuari-merupakan-ahli.html tak pun korang cari je kat En. GOOGLE ngeee


So bila dah bagitau Pija punya ramai pulak yang tanya Cik hubby dapat mana? Sama U ka? Kos apa? Tak takut ka dia cari lain?

Okey buka mata luas-luas Pija nak bagitau, Cik hubby dapat UTeM (Universiti Teknologi Melaka) kos Kejuruteraan Telekomunikasi kot.. Ngee tak ingat sangat lah. tapi adala telekomunikasi tu. So cik hubby duk kat Melaka Pija kat Nilai. Dah tak sama dah. Kenapa tak minta sama U? Tak maula nanti bukan nak belajar kalut nak bercinta ja so better duk jauh-jauh biar rindu merindu baru la sweet gitu.. (okey sila muntah) haha. Pasal cari lain tu itula pentingnya kepercayaan satu sama lain. Kalau ada jodoh tak ke mana. Kalau cik hubby betul-betul sayang Pija 1000 perempuan goda dia pun dia tak boleh tewas kan kalau dia tewas tu nampak sangat lah dia belum betul sayang kita. Betul tak? So apa nak ditakutkan (padahal dalam hati takut juga sebenarnya) ngee

Satu je rahsia kat sini (rahsia ke??) Tak tau la aritu Pija ada dengar orang cakap kat sini kalau pakai cincin bermaksud dia dah berpunya. haha..Tak tau la betul ke tak.. so apa lagi memang Pija pakai la kan.. Hek3.. Tak caya tgk ni bukti. Kawan fizah candid kan gmbar ni.. Tak perasan lak.

Okey rasanya cukup kot pasal penghijrahan baru ni. Nanti kalau ada kesempatan Pija cita pasal my life in USIM. Gempak seyh..