Assamualaikum Cinta.. Kasih.. Sayang...
Hamboi entry kali ni penuh ngan sayang-sayang dah kan... Ngeee.... Sebenarnya mood teramatla happy sekarang.. Nape??? OMG!!! I don't believe this... Pada sesiapa yang follow perkembangan RAFFIZ.. (ada ke?? Pija ngan Cik Hubby je kot) No problemooooo... this entry is specially dedicated to the guy that I love after my father is...
![]() |
| MUHAMMAD ASHRAF SABRI |
PERHATIAN! PERHATIAN SEMUA ORANG-ORANG KAMPUNG!!
Dengan ini saya Nurul Hafizah Hashim selaku owner rumah yang selalu bersawang ini ingin mengumumkan bahawa 6/3/2013 iaitu hari ini genaplah hubungan kami satu tahun. WAHHHHHH!!! dah 1 tahun.. Kejap je rasa.. ngeee... (senyum sampai telinga)
![]() |
| Cepat TIUP lilin 2.. |
Mesti akan ada orang yang akan cakap alaaa 1 tahun je pun tu pun nak kecoh... Hello biarla.. Walaupun kitorang baru satu tahun tapi Pija sangat bersyukur kerana kami masih mampu bertahan selepas pelbagai rintangan yang kami perlu hadapi.. Gaduh baik gaduh baik itu je.. Pernah sekali kami dua hampir putus asa.. Tapi kekuatan cinta itu membawa kami bersama.
| Frame and tissue yang dia bagi. Ngee |
Ingat lagi setahun yang lalu sebelum hubungan Raffiz ini terbina pelbagai rintangan yang kami perlu hadapi.. (Sapa yang follow mungkin akan tahu rintangan-rintangn tersebut) tapi ajaibnya kami masih bersama... Pada mulanya hanya hubungan sebagai kawan kelas dan teman sepermainan bertukar mnjadi kasih sayang.. Itulah AJAIBnya Cinta.. Kalau dulu aku hang.. Kalau tak gaduh tak sah... Siap cakap lagi AKU TAK MUNGKIN DENGAN HANG!! (sekarang ambik hang) hahaha..
| Cincin kami.. Tetapi sekarang dah bertukar.. |
Bila dah wujudnya hubungan RAFFIZ ni kami sedar ramai yang tak suka.. Lagi banyak rintangan.. Ada orang cakap Pija ni perampas.=( [caittt Pija bukan seorang permpas ya.. Kalau tau dia ada mak we dah lama Pija jauh]Tapi orang tak tau kisah yang sebenar... Tapi Pija tetap bersabar.. Bersabar hadapi semua.. Jujur pijah cakap hubungan kali ini lagi sukar dari sebelum ini.. Bukan sukar untuk menyesuaikan tapi sukar dengan keadaan sekeliling.. Pada mula kenal hampir setiap malam aku menangis memikirkan kata-kata orang.. Tapi mulut orang mana boleh tutup kan. Memamng kadang-kadang rasa give up sangat tapi kekuatan Kasih Sayang antara kami membuatkan kami masih bersama walaupun ramai yang menyampah.. Tetapi lagi banyak yang menyampah lagi kami kuat untuk bersama.. Ngeh3.. Tima kasih semua...
![]() |
| Baju pink first dia.. Ngee.. (Bukan aku yang beli okey |
| Dia sangat suka bersukan tapi aku tengokla dah terdampar |
Terlalu banyak perbezaan antara kami.. Dia suka hijau.. Aku suka pink.. Dia suka mi.. Aku SANGAT tak suka mi.. Dia suka masakan melayu tapi aku prefer masakan barat.. Macam-macam lagi la perbezaan kami tapi itu semua bukan halangan. Tak semestinya couple kena sama semua kan.. Ngee..
Kepada bakal imam saya... (InshaaAllah)
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih bersabar dengan karena saya..
Saya sedar saya terlalu banyak kekurangan..
Kadang-kadang saya rasa saya tak layak pun untuk awak...
Kadang-kadang saya rasa betul apa orang cakap saya ni jahat..
Terima kasih terima budak jahat ini...
Awak selalu marah kan bila saya cakap macam ni...
Tapi itu apa yang saya rasa..
Maafkan saya awak...
Saya tak boleh nak jadi yang sempurna untuk awak...
Awak maafkan saya..
Kalau saya selalu menyusahkan awak..
Saya minta maaf sangat-sangat,
Sebab saya selalu mengada-ngada ngan awak,
Saya lagi lagi minta maaf,
Sebab saya selalu sakitkan hati awak..
Saya harap awak maafkan dan sentiasa ada peluang untuk saya,
Awak..
Hari ni anniversary kita yang pertama..
Dan saya harap hubungan kita ini akan kekal selama-lamanya sehingga ke syurga..
Saya juga berharap agar suatu hari nanti awak akan menikahi saya
Saya juga berharap agar suatu hari nanti awak akan menikahi saya
dan
menjadi yang halal untuk saya suatu hari nanti.
Saya tak sabar nak tunggu terlafaz dari mulut awak AKU TERIMA NIKAHNYA..
Awak..
Jika ditakdirkan awak bukan untuk saya,
Saya nak awak tahu yang awak adalah terindah dalam hidup saya,
Satu je yang saya minta dan selamanya hanya pada Allah,
Semoga awak ditakdirkan untuk saya dan orang yang tepat untuk selamanya hingga akhir nyawa saya..
Saya akan usaha untuk jadi yang terbaik untuk awak <3
Awak.. Allah tak bagi apa yang kita minta tapi Allah bagi apa yang kita perlu dan saya tahu saya perlukan awak..
Walaupun kadang-kadang saya mengadu awak tak romantik tapi tak pe kawan-kawan saya cakap orang tak romantik ni selalu tunjuk bila diorang kawin nanti. Ngeh3.. Saya tungguuu.. Ngeee... Saya harap kasih sayang antara kita akan bertambah dari hari ke hari.. Sori tipu awak semalam sebenarnya awak tak der buat salah pun.. Saya cuma nak uji je.. Ngee.. Terima kerana setia dengan saya... Saya juga akan setia dengan awak sehingga hujung nyawa saya. (InshaaAllah)
![]() |
| Gambar candid masa skype.. What SEXY?? Hello korang tengok gambar pompuan pakai baju tak lengan tak kata sexy lak.. Dia laki apa yang sexy nya.. |
Sori tak dapat nak bagi hadiah or sambut ngan awak hari ni.. Yela jarak jauh lah katakan.. Cara ni je saya mampu..[TQ teknologi] Tapi ada satu yang saya dah bagi kat awak yang lelaki lain tak dapat ialah HATI saya.. =) Saya sayang awak sangat-sangat. Memang awak bukan yang pertama yang saya cintai tapi InshaaAllah awak orang yang terakhir.
Sepanjang setahun ni terlalu banyak kenangan yang kita ukir bersama.. Pahit manis masam tawar.. semua dah sebati.. Walaupun awak selalu marah saya sebab kesalahan yang sama. Selalu saya cakap saya tak akan buat lagi tapi saya still buat jugak sampai awak dah penat.. Maafkan saya. Mesti awak pun dah pena dengan kata maaf dari saya. Tapi saya nak sangat ucap terima kasih sebab sabar dengan sikap saya yang keanak-anakan ini..
Saya akhiri entry ini dengan serangkap doa yang saya baca ketika saya di tanah suci..
Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.
Dan buat insan-insan yang sedang membaca entry ini doakanla agar kami akan kekal sehingga ke akhir hayat. Cukuplah membenci kami. Cukuplah menyebarkan fitnah yang korang belum tahu asal usul..
SALAM SAYANG
PIJAH


.jpg)
.jpg)

.jpg)