Domo

Wednesday, 31 July 2013

Cara Transfer/Move Apps Android dari Phone ke Memory Card/SD Card

Assalamualaikum... (jawab jangan tak jawab ye)

Okey berdasarkan pada tajuk arini Pija akan tulis satu entry yang agak bermanfaat ye.. Okey sbnarnya entry Pija nak tulis selepas sehari bertungkus lumus cari benda alah ni baru jumpa skarang.


Oke skarang ni majoriti antara kita adalah pengguna smartphone android termasukla Pija... Antara smartphone yg famous skrang mstila Samsung kan.. Bst mmg best blh main banyak game taaappppiii kebanyakan phone Samsung or ape2 jenama pun yang android 2.2 and above x blh nak transfer app yg kita dwnload ke sd card.. Ni yg frust ni.. Game byk best2 tapi bila dwnload ja akan keluar 'not sufficient memory'.. urrggghhh.. Sehari suntuk Pija stress dengan benda ni.. Nak delete app sayang.. Tapi nak dwnload jgak.. Ad banyak la jgak app yg Pija dh delete.. Sob3.. 


So selepas dah stress Pija pun trmnung sambil bermonolog sorang-sorang.. (nasib x dak org klu tak org ingat aku gila da) Mesti ada jalan nk stlekan ni.. so Pija pun trus bka laptop dan tkan enck google dan type 'How To Move apps to sd card' so dia pun kuar macam2 la.. tapi banyak yang suruh rootkan phone.. Pija x brani nk rootkan kang hilang abis smua.. klu nak rootkan phone mmg bgus tp yg x bgus nya warranty akan trus hilang... Maksudnya kalau korg pegi centre dia x akn bertnggungjawab dah wlupun korg ada warranty sbb korg memandai sgt... ngeh3,, so cari lagi dengan type 'how to move apps to sd card without root'.. teng3..


Pija rasa pija duduk depan laptop dr pukul 7 pg brhnt solat Zuhur + baca quran pkul 5 ptg bru jmpa.. kira la bapa jam Pija mncari.. Semua kaedah Pija try tp x jmpa.. Pkul 5 tu ingat nk give up.. Tapi perangai pija x akan give up selagi Pija x dapat benda yang Pija inginkan.. Pija akan terus cari dan cari sampaila jumpa..tba trgrak hati nak try cari kat YOUTUBE.. so jmpa stu vdeo ni cara dia sng gila... 2 mnit siap.. bila tgk video 2 laaaa mcm ni je.. hek eleh... so nak tau cara dia.. meh sini baca and sapa yg ada msalah sama ngan Pija boleh pgang phone siap2 ye..


1- Korang pegi kat home korang and tekan apps seperti ditunjukkan di bawah (sila abaikan wallpaper handphone).. Ni kalau korang dah kata x paham aku cepuk jugak kang...



2 - Kemudian antara apps korang tu cari apps nama my files macam kat dalam bulat tu.. Kalau korang tak der korg pegi playstore korang search my files then dwnload...


3- Lepas dowload bka my files tu akan keluar macam kat bwh ni kalau keluar sd card je tu msudnya memory card korg x detect.. Pastu tekan Sdcard0 mcam kat dalam merah tu ye..


4- Okey then pas tekan, cari folder dia tulis ANDROID (dah jumpa tekan) -> then tekan DATA 



5- Okey bila korang tekan data tu dia akan  keluar banyak-banyak so korang MARK SEMUA pastu kat tepi belah atas ada 3 garisan tu tkan yang tu then tkan move..



6- Dah tekan move akan keluar macam kat bawah belah kiri ni, tekan extSdCard yang dalam blatan 2 then cri ANDROID, kalau xde tkan create folder pastu tulis ANDROID..



7- Tekan folder android tu pastu tekan DATA, kalau x der jgak create folder tulis DATA..


8- And last tekan Move here.. Tunggu then SIAP...


Sangat senang kan.. Kalau korang tak caya korang pegi setting tgk memoory phone korg msti bertambah.. 

So conclusion daripada kejadian hari ni kita jangan cepat berputus asa.. Berusaha dan terus berusaha walaupun kita ashik gagal sebab akhirnya pasti kita akan memperoleh kejayaan.. Allah sayang kepada hambanya yang tidak cepat berputus asa.. Ingat jika Allah tdak memberi apa yang kita inginkan jangan berputus asa teruskan lagi kerana pasti ada ganjaran yang lebih Allah ingin berikan kepada kita.. Macam Pija sebelum Pija jmpa cara yang Pija bg ni Pija jmpa byk cara kena install itu inila.. mmg sangat ssah Pija dh buat smua tp still x blh rupanya Allah nak bg dengan cara yang sangat senang macam kat atas ni.. 

Okey sampai di sini saja yaaaa.. Assalamualaikum..
 Sebelum tu kalau sapa yang tak paham dengan cara Pija kat atas boleh tengok video ni.. sebarang pertanyaan boleh tnggal comment anda ya..


p/s : kalau sapa rasa cara ni dah lapuk and kesian sebab Pija baru tau haha blh tutup almaklumla Pija ni lembap sikit IT ni.. ngeee...

Friday, 19 July 2013

HAPPY 20TH BIRTHDAY BOOOOOODAAKKKK!!!!

Assalamualaikum kepada yang tengah membaca..


Gambar tanda Sorry.. budak kecik yang ambil gambar ni so terpaksa la aku tnduk..
Entry kali ini Pija nak mulakan dengan nak minta maaf sebab dah lama tak update blog.. Sebenarnya Pija dah malas nak berblog lagi sebab berlakunya kejadian hari tu.. Hmm.. Bila berblog ni kita tulis apa yang kita alami ada pulak pihak yang terasa..  Jadi Pija rasa tawar hati dah.. Biarkan mereka berbahagia..(okey Pija jangan ingat lagi benda tu okey) Tapi x pe InshaaAllah lepas ni kalau ada masa Pija update ye.. Tapi kalau Pija x update and you want to know something just ask me kat fb okey.. 


Act. tulis blog arini adalah untuk menulis entry khas untuk budak yang birthday dia pada 19 Julai.. ha cepat teka sapa??? Okey hari ini adalah birthday buah hati pengarang jantung saya cik B.. Sebenrnya dah kebuntuan idea.. Kalau sapa yg baca post pija tgh cari idea tu sbnrnya tgh mncri idea untuk wish brthday dia. Disebbkan jauh so agak sukar untuk Pija sambut x macam orag lain.. Sob3.. So trpaksala mencari idea untuk wish mnggunakan internet je.. Idea dalam otak cuma nak buat video je.. tapi dsbbkn taon lepas dh buat so borrriiinnggg... Kang buat video macam couple sminggu tu.. terlebih famous plak.. Kih3.. (tangan di bahu mata ke atas) So bila dibelek2 entry blog kat sini x rupanya Pija x pernah lagi tulis satu entry untuk brthday dia..


BIRTHDAY BOY.. NASIB TAK DAK DEPAN KALAU TAK NAK BALING TELOQ.. 

So seperti yang dinyatakan di atas entry ini speciallay dedicated to a guy whose name MUHAMMAD ASHRAF SABRI.. so kalau orang lain nak baca Pija x kisah tp kalau rasa annoying especially orang tuuuuuuutttttt x pyh nak sibuk nak truskan baca sila tekan butang X kat situ okey!! (Ni x nak jugak sibuk mmbaca pas2 nk cakap mai marah2.. urgghhh lain kali baca tu paham betul2 okey!!)

Okey lets start (Aik td x start ka??) Haha td tu intro...

HAPPY 20TH BIRTHDAY ASHRAF SABRI!!
buat muka gedik.. tapi muka gedik ni la selalu mncairkan hati beta.. hahaha

Awak dah tua!! Sedar tak so jangan nak mengada nak perangai macam budak-budak lagi ye.. Awak maafkan saya sebab hanya mampu tulis entry n je untuk awak.. Saya tak mampu hadirkan diri saya untuk awak.. Tp x pe sy bt brsbb.. sbbnya saya nak awak smbut brthday awak puas2 dengan family awak.. X pe ngan saya InshaaAllah kalau ada jodoh nanti kawin saya akan sambut dengan awak okey!!

Maaf juga kalau x der hadiah sy x smpat pun nk g beli.. Kalau beli pun saya x tau nak bg camne so just wait nnti bila kita jumpa saya akan bagi okey (tapi kalau awak x nk pun lagi sng almaklumlah kegawatan ekonomi skarang ni) haha.. 

Gambar feveret ku.. Sori kami tak banyak gambar so banyak gambar sama ja..

Okeyla awak sempena hari jadi awak ni saya doakan agar:- 
  • Awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

  • Awak berjaya dalam segala apa yang awak lakukan bukan di dunia sahaja saya saya doakan di akhirat juga
  • Jadi anak yang soleh kepada mak dan ayah awak, ingat awak tu anak lelaki walau apapun mak ayah yang terutama 
  • Awak menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap agama, keluarga dan ibu bapa awak
  • Awak akan menjadi yang halal untuk saya suatu hari nanti dan bersama saya tika susah senang saya hinggalah ke syurga
  • Awak tidak bosan melayan karenah saya dan terus setia dengan saya
  • Awak terus bersikap jujur dengan saya
  • Dan yang paling penting awak menjadi hamba yang bertaqwa kepada penciptaNya
Suka tengok awak senyum.. Bila awak senyum camni saya akan senyum double dri ni..
Awak saya juga nak ucapkan terima kasih kat awak sebab sudi terima saya yang
 sangat cerewet + mengada + banyak cakap + suka emo x tntu pasal + macam-macam lagila perangai buruk saya..
Terima kasih sebab terima saya saya bersyukur punyai lelaki seperti awak.. Ya jujur saya akui awak tak ada langsung lelaki idaman saya tapi untuk apa saya mencari lelaki idaman jika saya sudah dapat jauh yang lebih baik..  Cukuplah hati yang ikhlas mencintai saya itu saja yang saya perlukan dan saya percaya awak ada itu.. Walaupun untuk memulakan hubungan ini sesuatu yang amat sukar awak tetap bersama saya tempuh dan bantu saya kuat..  Terima Kasih banyak awak.. 


Rindu saat main badminton sama-sama..
Jika saya berkahwin dengan awak suatu hari nanti saya perkara pertama yang saya ingin lakukan adalah untuk mengucup tangan mak awak dan mngucapkan berbanyak terima kasih kerana melahirkan dan menjaga awak di dunia ini. Saya tidak pernah akan merampas awak dari mak awak tapi saya akan menjadi pembantu mak awak untuk terus menjaga awak.. Di setiap doa, saya sentiasa mendoakan agar awaklah jodoh saya.. 

Mmang kalau diikutkan nak je kawin sekarang kan.. Ramai yang tanya kita knpa x kawin.. kenapa x tnang lagi.. Tapi macam awak cakaplah diorang hanya mampu cakap tapi sukar untuk kita. Biarlah kita mncapai cita-cita dulu barulah kita berumah tngga.. Kita masih muda untuk memikirkan semua itu.. lagipun saya msih nak jadi anak ayah saya,, ngee..
Awak sangat penyayang sebab tu saya sayang awak.. 
Memang kadang-kadang ada ja mulut longkang yg suka mendoakan yang tak baik untuk kita. tapi saya yakin dengan ketentuan Allah.. Jika Allah telah tetapkan awak jodoh saya walau beribu halangan pun awak tetap milik saya tetapi jika Allah takdirkan awak bukan untuk saya saya nk awak tau awaklah kenangan terindah yang pernah saya miliki dan cintai.. Entahlah semenjak saya pulang dari umrah berkali-kali saya doakan hubungan kita depan kaabah dan semenjak hari tu la hati saya bertambah untuk kuat bersama dengan awak.. Saya harap dan teramat berharap sangat awaklah jodoh saya.. Yela sebagai manusia kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan semua.. Ya awak memang bukan pertama yang saya cintai tapi InshaaAllah awak lah yang terakhir.. Saya harap awak pun begitu.. 

Sekali lagi saya akhiri entry saya dengan doa yang selalu saya baca ini :

Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.



Okey di sini juga saya nak wish HAPPY BIRTHDAY kat bekas ketua kelas saya dan juga kawan baik saya masa kat matrik yg selalu jadi tempat saya luahkan masalah dan teman main badminton sekali iaitu ZIYAD. dengan ucapan moga panjang umur dan murah rezeki dan bhgia selalu dsmping tersayang.. Lama gila tak dengar cita ng.. Sunyi sepi dah sekarang.. Apa cer kat Sabah?

Budak hebat badminton jaga diri kat Sabah noh... 
Sapa yang nak tengok video masa brthday hun lepas bolehlah tekan sini.. 

p/s ; Cukuplah membenci kami yang kami sendiri pun tak tau apa salah kami.. Kalau kami ada membuat salah maafkan kami jangan terus membenci.. Doakan yang terbaik untuk kami..

Thursday, 18 July 2013

Dayana Nukilkan Puisi Untuk suaminya Ashraff Muslim

Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah.
puisi
Terbaru menerusi Facebooknya, Dayana telah pun menukilkan sebuah puisi untuk suaminya. Puisi ini pastinya luahan hati ikhlas Dayana terhadap suaminya dan perkahwinan mereka.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Sob sob sob. Habis juga tisu atas meja Abang Nara ini. Menitis jua air mata membaca puisi Dayana. Abang Nara dapat rasakan kesedihan, kepedihan dan keperitan Dayana. Semoga Dayana tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan.