Domo

Wednesday, 31 July 2013

Cara Transfer/Move Apps Android dari Phone ke Memory Card/SD Card

Assalamualaikum... (jawab jangan tak jawab ye)

Okey berdasarkan pada tajuk arini Pija akan tulis satu entry yang agak bermanfaat ye.. Okey sbnarnya entry Pija nak tulis selepas sehari bertungkus lumus cari benda alah ni baru jumpa skarang.


Oke skarang ni majoriti antara kita adalah pengguna smartphone android termasukla Pija... Antara smartphone yg famous skrang mstila Samsung kan.. Bst mmg best blh main banyak game taaappppiii kebanyakan phone Samsung or ape2 jenama pun yang android 2.2 and above x blh nak transfer app yg kita dwnload ke sd card.. Ni yg frust ni.. Game byk best2 tapi bila dwnload ja akan keluar 'not sufficient memory'.. urrggghhh.. Sehari suntuk Pija stress dengan benda ni.. Nak delete app sayang.. Tapi nak dwnload jgak.. Ad banyak la jgak app yg Pija dh delete.. Sob3.. 


So selepas dah stress Pija pun trmnung sambil bermonolog sorang-sorang.. (nasib x dak org klu tak org ingat aku gila da) Mesti ada jalan nk stlekan ni.. so Pija pun trus bka laptop dan tkan enck google dan type 'How To Move apps to sd card' so dia pun kuar macam2 la.. tapi banyak yang suruh rootkan phone.. Pija x brani nk rootkan kang hilang abis smua.. klu nak rootkan phone mmg bgus tp yg x bgus nya warranty akan trus hilang... Maksudnya kalau korg pegi centre dia x akn bertnggungjawab dah wlupun korg ada warranty sbb korg memandai sgt... ngeh3,, so cari lagi dengan type 'how to move apps to sd card without root'.. teng3..


Pija rasa pija duduk depan laptop dr pukul 7 pg brhnt solat Zuhur + baca quran pkul 5 ptg bru jmpa.. kira la bapa jam Pija mncari.. Semua kaedah Pija try tp x jmpa.. Pkul 5 tu ingat nk give up.. Tapi perangai pija x akan give up selagi Pija x dapat benda yang Pija inginkan.. Pija akan terus cari dan cari sampaila jumpa..tba trgrak hati nak try cari kat YOUTUBE.. so jmpa stu vdeo ni cara dia sng gila... 2 mnit siap.. bila tgk video 2 laaaa mcm ni je.. hek eleh... so nak tau cara dia.. meh sini baca and sapa yg ada msalah sama ngan Pija boleh pgang phone siap2 ye..


1- Korang pegi kat home korang and tekan apps seperti ditunjukkan di bawah (sila abaikan wallpaper handphone).. Ni kalau korang dah kata x paham aku cepuk jugak kang...



2 - Kemudian antara apps korang tu cari apps nama my files macam kat dalam bulat tu.. Kalau korang tak der korg pegi playstore korang search my files then dwnload...


3- Lepas dowload bka my files tu akan keluar macam kat bwh ni kalau keluar sd card je tu msudnya memory card korg x detect.. Pastu tekan Sdcard0 mcam kat dalam merah tu ye..


4- Okey then pas tekan, cari folder dia tulis ANDROID (dah jumpa tekan) -> then tekan DATA 



5- Okey bila korang tekan data tu dia akan  keluar banyak-banyak so korang MARK SEMUA pastu kat tepi belah atas ada 3 garisan tu tkan yang tu then tkan move..



6- Dah tekan move akan keluar macam kat bawah belah kiri ni, tekan extSdCard yang dalam blatan 2 then cri ANDROID, kalau xde tkan create folder pastu tulis ANDROID..



7- Tekan folder android tu pastu tekan DATA, kalau x der jgak create folder tulis DATA..


8- And last tekan Move here.. Tunggu then SIAP...


Sangat senang kan.. Kalau korang tak caya korang pegi setting tgk memoory phone korg msti bertambah.. 

So conclusion daripada kejadian hari ni kita jangan cepat berputus asa.. Berusaha dan terus berusaha walaupun kita ashik gagal sebab akhirnya pasti kita akan memperoleh kejayaan.. Allah sayang kepada hambanya yang tidak cepat berputus asa.. Ingat jika Allah tdak memberi apa yang kita inginkan jangan berputus asa teruskan lagi kerana pasti ada ganjaran yang lebih Allah ingin berikan kepada kita.. Macam Pija sebelum Pija jmpa cara yang Pija bg ni Pija jmpa byk cara kena install itu inila.. mmg sangat ssah Pija dh buat smua tp still x blh rupanya Allah nak bg dengan cara yang sangat senang macam kat atas ni.. 

Okey sampai di sini saja yaaaa.. Assalamualaikum..
 Sebelum tu kalau sapa yang tak paham dengan cara Pija kat atas boleh tengok video ni.. sebarang pertanyaan boleh tnggal comment anda ya..


p/s : kalau sapa rasa cara ni dah lapuk and kesian sebab Pija baru tau haha blh tutup almaklumla Pija ni lembap sikit IT ni.. ngeee...

Friday, 19 July 2013

HAPPY 20TH BIRTHDAY BOOOOOODAAKKKK!!!!

Assalamualaikum kepada yang tengah membaca..


Gambar tanda Sorry.. budak kecik yang ambil gambar ni so terpaksa la aku tnduk..
Entry kali ini Pija nak mulakan dengan nak minta maaf sebab dah lama tak update blog.. Sebenarnya Pija dah malas nak berblog lagi sebab berlakunya kejadian hari tu.. Hmm.. Bila berblog ni kita tulis apa yang kita alami ada pulak pihak yang terasa..  Jadi Pija rasa tawar hati dah.. Biarkan mereka berbahagia..(okey Pija jangan ingat lagi benda tu okey) Tapi x pe InshaaAllah lepas ni kalau ada masa Pija update ye.. Tapi kalau Pija x update and you want to know something just ask me kat fb okey.. 


Act. tulis blog arini adalah untuk menulis entry khas untuk budak yang birthday dia pada 19 Julai.. ha cepat teka sapa??? Okey hari ini adalah birthday buah hati pengarang jantung saya cik B.. Sebenrnya dah kebuntuan idea.. Kalau sapa yg baca post pija tgh cari idea tu sbnrnya tgh mncri idea untuk wish brthday dia. Disebbkan jauh so agak sukar untuk Pija sambut x macam orag lain.. Sob3.. So trpaksala mencari idea untuk wish mnggunakan internet je.. Idea dalam otak cuma nak buat video je.. tapi dsbbkn taon lepas dh buat so borrriiinnggg... Kang buat video macam couple sminggu tu.. terlebih famous plak.. Kih3.. (tangan di bahu mata ke atas) So bila dibelek2 entry blog kat sini x rupanya Pija x pernah lagi tulis satu entry untuk brthday dia..


BIRTHDAY BOY.. NASIB TAK DAK DEPAN KALAU TAK NAK BALING TELOQ.. 

So seperti yang dinyatakan di atas entry ini speciallay dedicated to a guy whose name MUHAMMAD ASHRAF SABRI.. so kalau orang lain nak baca Pija x kisah tp kalau rasa annoying especially orang tuuuuuuutttttt x pyh nak sibuk nak truskan baca sila tekan butang X kat situ okey!! (Ni x nak jugak sibuk mmbaca pas2 nk cakap mai marah2.. urgghhh lain kali baca tu paham betul2 okey!!)

Okey lets start (Aik td x start ka??) Haha td tu intro...

HAPPY 20TH BIRTHDAY ASHRAF SABRI!!
buat muka gedik.. tapi muka gedik ni la selalu mncairkan hati beta.. hahaha

Awak dah tua!! Sedar tak so jangan nak mengada nak perangai macam budak-budak lagi ye.. Awak maafkan saya sebab hanya mampu tulis entry n je untuk awak.. Saya tak mampu hadirkan diri saya untuk awak.. Tp x pe sy bt brsbb.. sbbnya saya nak awak smbut brthday awak puas2 dengan family awak.. X pe ngan saya InshaaAllah kalau ada jodoh nanti kawin saya akan sambut dengan awak okey!!

Maaf juga kalau x der hadiah sy x smpat pun nk g beli.. Kalau beli pun saya x tau nak bg camne so just wait nnti bila kita jumpa saya akan bagi okey (tapi kalau awak x nk pun lagi sng almaklumlah kegawatan ekonomi skarang ni) haha.. 

Gambar feveret ku.. Sori kami tak banyak gambar so banyak gambar sama ja..

Okeyla awak sempena hari jadi awak ni saya doakan agar:- 
  • Awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

  • Awak berjaya dalam segala apa yang awak lakukan bukan di dunia sahaja saya saya doakan di akhirat juga
  • Jadi anak yang soleh kepada mak dan ayah awak, ingat awak tu anak lelaki walau apapun mak ayah yang terutama 
  • Awak menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap agama, keluarga dan ibu bapa awak
  • Awak akan menjadi yang halal untuk saya suatu hari nanti dan bersama saya tika susah senang saya hinggalah ke syurga
  • Awak tidak bosan melayan karenah saya dan terus setia dengan saya
  • Awak terus bersikap jujur dengan saya
  • Dan yang paling penting awak menjadi hamba yang bertaqwa kepada penciptaNya
Suka tengok awak senyum.. Bila awak senyum camni saya akan senyum double dri ni..
Awak saya juga nak ucapkan terima kasih kat awak sebab sudi terima saya yang
 sangat cerewet + mengada + banyak cakap + suka emo x tntu pasal + macam-macam lagila perangai buruk saya..
Terima kasih sebab terima saya saya bersyukur punyai lelaki seperti awak.. Ya jujur saya akui awak tak ada langsung lelaki idaman saya tapi untuk apa saya mencari lelaki idaman jika saya sudah dapat jauh yang lebih baik..  Cukuplah hati yang ikhlas mencintai saya itu saja yang saya perlukan dan saya percaya awak ada itu.. Walaupun untuk memulakan hubungan ini sesuatu yang amat sukar awak tetap bersama saya tempuh dan bantu saya kuat..  Terima Kasih banyak awak.. 


Rindu saat main badminton sama-sama..
Jika saya berkahwin dengan awak suatu hari nanti saya perkara pertama yang saya ingin lakukan adalah untuk mengucup tangan mak awak dan mngucapkan berbanyak terima kasih kerana melahirkan dan menjaga awak di dunia ini. Saya tidak pernah akan merampas awak dari mak awak tapi saya akan menjadi pembantu mak awak untuk terus menjaga awak.. Di setiap doa, saya sentiasa mendoakan agar awaklah jodoh saya.. 

Mmang kalau diikutkan nak je kawin sekarang kan.. Ramai yang tanya kita knpa x kawin.. kenapa x tnang lagi.. Tapi macam awak cakaplah diorang hanya mampu cakap tapi sukar untuk kita. Biarlah kita mncapai cita-cita dulu barulah kita berumah tngga.. Kita masih muda untuk memikirkan semua itu.. lagipun saya msih nak jadi anak ayah saya,, ngee..
Awak sangat penyayang sebab tu saya sayang awak.. 
Memang kadang-kadang ada ja mulut longkang yg suka mendoakan yang tak baik untuk kita. tapi saya yakin dengan ketentuan Allah.. Jika Allah telah tetapkan awak jodoh saya walau beribu halangan pun awak tetap milik saya tetapi jika Allah takdirkan awak bukan untuk saya saya nk awak tau awaklah kenangan terindah yang pernah saya miliki dan cintai.. Entahlah semenjak saya pulang dari umrah berkali-kali saya doakan hubungan kita depan kaabah dan semenjak hari tu la hati saya bertambah untuk kuat bersama dengan awak.. Saya harap dan teramat berharap sangat awaklah jodoh saya.. Yela sebagai manusia kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan semua.. Ya awak memang bukan pertama yang saya cintai tapi InshaaAllah awak lah yang terakhir.. Saya harap awak pun begitu.. 

Sekali lagi saya akhiri entry saya dengan doa yang selalu saya baca ini :

Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.



Okey di sini juga saya nak wish HAPPY BIRTHDAY kat bekas ketua kelas saya dan juga kawan baik saya masa kat matrik yg selalu jadi tempat saya luahkan masalah dan teman main badminton sekali iaitu ZIYAD. dengan ucapan moga panjang umur dan murah rezeki dan bhgia selalu dsmping tersayang.. Lama gila tak dengar cita ng.. Sunyi sepi dah sekarang.. Apa cer kat Sabah?

Budak hebat badminton jaga diri kat Sabah noh... 
Sapa yang nak tengok video masa brthday hun lepas bolehlah tekan sini.. 

p/s ; Cukuplah membenci kami yang kami sendiri pun tak tau apa salah kami.. Kalau kami ada membuat salah maafkan kami jangan terus membenci.. Doakan yang terbaik untuk kami..

Thursday, 18 July 2013

Dayana Nukilkan Puisi Untuk suaminya Ashraff Muslim

Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah.
puisi
Terbaru menerusi Facebooknya, Dayana telah pun menukilkan sebuah puisi untuk suaminya. Puisi ini pastinya luahan hati ikhlas Dayana terhadap suaminya dan perkahwinan mereka.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Sob sob sob. Habis juga tisu atas meja Abang Nara ini. Menitis jua air mata membaca puisi Dayana. Abang Nara dapat rasakan kesedihan, kepedihan dan keperitan Dayana. Semoga Dayana tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan.

Wednesday, 6 March 2013

HAPPY 1st ANNIVERSARY RAFFIZ!!!

Assamualaikum Cinta.. Kasih.. Sayang...
Hamboi entry kali ni penuh ngan sayang-sayang dah kan... Ngeee.... Sebenarnya mood teramatla happy sekarang.. Nape??? OMG!!! I don't believe this... Pada sesiapa yang follow perkembangan RAFFIZ.. (ada ke?? Pija ngan Cik Hubby je kot) No problemooooo... this entry is specially dedicated to the guy that I love after my father is...
MUHAMMAD ASHRAF SABRI

PERHATIAN! PERHATIAN SEMUA ORANG-ORANG KAMPUNG!!

Dengan ini saya Nurul Hafizah Hashim selaku owner rumah yang selalu bersawang ini ingin mengumumkan bahawa 6/3/2013 iaitu hari ini genaplah hubungan kami satu tahun. WAHHHHHH!!! dah  1 tahun.. Kejap je rasa.. ngeee... (senyum sampai telinga)

Cepat TIUP lilin 2..

Mesti akan ada orang yang akan cakap alaaa 1 tahun je pun tu pun nak kecoh... Hello biarla.. Walaupun kitorang baru satu tahun tapi Pija sangat bersyukur kerana kami masih mampu bertahan selepas pelbagai rintangan yang kami perlu hadapi.. Gaduh  baik gaduh baik itu je.. Pernah sekali kami dua hampir putus asa.. Tapi kekuatan cinta itu membawa kami bersama. 

Frame and tissue yang dia bagi. Ngee
Ingat lagi setahun yang lalu sebelum hubungan Raffiz ini terbina pelbagai rintangan yang kami perlu hadapi.. (Sapa yang follow mungkin akan tahu rintangan-rintangn tersebut) tapi ajaibnya kami masih bersama... Pada mulanya hanya hubungan sebagai kawan kelas dan teman sepermainan bertukar mnjadi kasih sayang.. Itulah AJAIBnya Cinta.. Kalau dulu aku hang.. Kalau tak gaduh tak sah... Siap cakap lagi AKU TAK MUNGKIN DENGAN HANG!! (sekarang ambik hang) hahaha..

Cincin kami.. Tetapi sekarang dah bertukar..

Bila dah wujudnya hubungan RAFFIZ ni kami sedar ramai yang tak suka.. Lagi banyak rintangan.. Ada orang cakap Pija ni perampas.=( [caittt Pija bukan seorang permpas ya.. Kalau tau dia ada mak we dah lama Pija jauh]Tapi orang tak tau kisah yang sebenar... Tapi Pija tetap bersabar.. Bersabar hadapi semua.. Jujur pijah cakap hubungan kali ini lagi sukar dari sebelum ini.. Bukan sukar untuk menyesuaikan tapi sukar dengan keadaan sekeliling.. Pada mula kenal hampir setiap malam aku menangis memikirkan kata-kata orang.. Tapi mulut orang mana boleh tutup kan. Memamng kadang-kadang rasa give up sangat tapi kekuatan Kasih Sayang antara kami membuatkan kami masih bersama walaupun ramai yang menyampah.. Tetapi lagi banyak yang menyampah lagi kami kuat untuk bersama.. Ngeh3.. Tima kasih semua...

Baju pink first dia.. Ngee.. (Bukan aku yang beli okey


Dia sangat suka bersukan tapi aku  tengokla dah terdampar
Terlalu banyak perbezaan antara kami.. Dia suka hijau.. Aku suka pink.. Dia suka mi.. Aku SANGAT tak suka mi.. Dia suka masakan melayu tapi aku prefer masakan barat.. Macam-macam lagi la perbezaan kami tapi itu semua bukan halangan. Tak semestinya couple kena sama semua kan.. Ngee.. 


Kepada bakal imam saya... (InshaaAllah)
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih bersabar dengan karena saya..
Saya sedar saya terlalu banyak kekurangan..
Kadang-kadang saya rasa saya tak layak pun untuk awak...
Kadang-kadang saya rasa betul apa orang cakap saya ni jahat..
Terima kasih terima budak jahat ini...
Awak selalu marah kan bila saya cakap macam ni...
Tapi itu apa yang saya rasa..
Maafkan saya awak...
Saya tak boleh nak jadi yang sempurna untuk awak...
Awak maafkan saya..
Kalau saya selalu menyusahkan awak..
Saya minta maaf sangat-sangat,
Sebab saya selalu mengada-ngada ngan awak, 
Saya lagi lagi minta maaf,
Sebab saya selalu sakitkan hati awak..
Saya harap awak maafkan dan sentiasa ada peluang untuk saya,
Awak..
Hari ni anniversary kita yang pertama..
Dan saya harap hubungan kita ini akan kekal selama-lamanya sehingga ke syurga..
Saya juga berharap agar suatu hari nanti awak akan menikahi saya 
dan 
menjadi yang halal untuk saya suatu hari nanti.
Saya tak sabar nak tunggu terlafaz dari mulut awak AKU TERIMA NIKAHNYA..
Awak..
Jika ditakdirkan awak bukan untuk saya,
Saya nak awak tahu yang awak adalah terindah dalam hidup saya,
Satu je yang saya minta dan selamanya hanya pada Allah,
Semoga awak ditakdirkan untuk saya dan orang yang tepat untuk selamanya hingga akhir nyawa saya..
Saya akan usaha untuk jadi yang terbaik untuk awak <3

Awak.. Allah tak bagi apa yang kita minta tapi Allah bagi apa yang kita perlu dan saya tahu saya perlukan awak..
Mr Bola-bola yang awak bagi.. yang membawa maksud
Kaca tu umpama kita masih ada batas yang menyebabkan saya tak boleh sentuh awak tapi boleh tengok je...
Manik-manik dalam air tu umpama rintangan atau cabaran,,
Teddy bear pgang bunga tu awak..
Walau banyak mana pun rintangan yang datang awak akan setia tunggu saya =)
SEBAB TU SAYA SANGAT JGA MR BOLA-BOLA INI..
Walaupun kadang-kadang saya mengadu awak tak romantik tapi tak pe kawan-kawan saya cakap orang tak romantik ni selalu tunjuk bila diorang kawin nanti. Ngeh3.. Saya tungguuu.. Ngeee... Saya harap kasih sayang antara kita akan bertambah dari hari ke hari.. Sori tipu awak semalam sebenarnya awak tak der buat salah pun.. Saya cuma nak uji je.. Ngee.. Terima kerana setia dengan saya... Saya juga akan setia dengan awak sehingga hujung nyawa saya. (InshaaAllah)
Gambar candid masa skype.. What SEXY?? Hello korang tengok gambar pompuan pakai baju tak lengan 
tak kata sexy lak.. Dia laki apa yang sexy nya..
Sori tak dapat nak bagi hadiah or sambut ngan awak hari ni.. Yela jarak jauh lah katakan.. Cara ni je saya mampu..[TQ teknologi] Tapi ada satu yang saya dah bagi kat awak yang lelaki lain tak dapat ialah HATI saya.. =)  Saya sayang awak sangat-sangat. Memang awak bukan yang pertama yang saya cintai tapi InshaaAllah awak orang yang terakhir. 

Sepanjang setahun ni terlalu banyak kenangan yang kita ukir bersama.. Pahit manis masam tawar.. semua dah sebati.. Walaupun awak selalu marah saya sebab kesalahan yang sama. Selalu saya cakap saya tak akan buat lagi tapi saya still buat jugak sampai awak dah penat.. Maafkan saya. Mesti awak pun dah pena dengan kata maaf dari saya. Tapi saya nak sangat ucap terima kasih sebab sabar dengan sikap saya yang keanak-anakan ini..

Saya akhiri entry ini dengan serangkap doa yang saya baca ketika saya di tanah suci..
Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.

Dan buat insan-insan yang sedang membaca entry ini doakanla agar kami akan kekal sehingga ke akhir hayat. Cukuplah membenci kami. Cukuplah menyebarkan fitnah yang korang belum tahu asal usul.. 

SALAM SAYANG
PIJAH





Monday, 14 January 2013

Tersenyumlah Sayangku

Assalamualaikum semua.. (Kalau x jawab dosa, jawab sayang)




Entry kali ni berkisarkan tentang apa yang kita perlu lakukan apabla kita ditimpa ujian. Okey napa Pija timbulkan entry ni ek? Sebenarnya sekarang Pija tengah demam, so Pija dipaksa berehat, so teramatlah bosan and asked myself kenapala semenjak aku bergear pelajar USIM ni senang sangat Pija jatuh sakit. Selalu ja tak dapat nak pegi kelas sebab sakit. Kadang-kadang sampai naik malu tau tak. Tapi apakan daya. Tiba-tiba Pija teringat coach Boling Padang Pija cakap dia bila sakit dia akan happy sangat sebab tu tandanya Allah masih nampak dia sebagai hambaNya. So di sini Pija nak kongsi One of the article that I had read on Aishah Shakirah's blog.

Saya ada satu soalan,
Cuba berikan satu sahaja nama hamba Allah yang tidak pernah diuji? Satu sahaja.

Tiada kan?

Setiap hamba Allah pasti diuji. Mengapa? Kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah  mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. Kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.


Tersenyumlah sayang.

Redha dengan ujian yang menimpamu, kerana ia akan membuatkanmu kaya di dunia, dan kelak kaya di akhirat. Jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha Luas. Mungkin ada suara kecil dalam diri anda yang berbisik "kenapa orang lain tidak diuji sepertiku?". Sayang, itu kerana kamu terlalu istimewa. Anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk kamu seorang sahaja. Tidak boleh dikongsi-kongsi. Tidakkah kamu terasa diri istimewa? Allah memuliakan dirimu dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin kamu boleh menghadapinya. Sedangkan yang menciptakanmu sendiri yakin dengan keupayaanmu, mengapa tidakkah dirimu? Ingatkah anda kepada SMS cinta daripadaNya yang berbunyi:


Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut.

If Allah brings you to it, He will help you go through it as long as you remember Him in every single step.
(rojak lah pulak hehe)

Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:


"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan 

Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:


“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup 
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
 atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah 
akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan 
kesusahan tersebut”



[riwayat al-Hakim] 



Percayalah Allah melihat setiap pengorbananmu. Allah tidak pernah mensia-siakan dirimu. Allah tidak pernah menghentikan degupan jantungmu. Di saat kamu tidur semalam, adakah Allah menghentikan aliran darahmu? Adakah Allah menyekat pernafasanmu? Tidak! Kerana Allah masih sayangkan dirimu. Usahlah lihat kepada segala bencana atau dugaan sebagai sesuatu yang membuat dirimu lemah, tetapi pandanglah segala nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tidak ada seorang kekasih pun yang boleh memberi nikmat setanding Allah SWT. Sekali lagi saya ajukan persoalan yang sama, mengapa Allah berbuat begitu? 
Jawapannya ada pada dirimu sendiri sayang.


Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-NyaTapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri.

Ini hasil dari salin dan lekat di aisyah shakirah punya blg. Although she's younger than me but I'm amazed with his view. ( OH MY ENGLISH!!)


SEE!! Sapa cakap bila Allah bagi ujian tu tanda Allah tu tak sayang kita?? Sapa cakap?? (TV cakap) Arggghhh itu semua jangan percaya. Itula sering kali kita lihat drama Melayu bila timpa masalah je nangis meraung-raung tapi apa yang kita boleh tengok dari drama ni bila diorang ada masalah baru kita tengok diorang berdoa. Betul tak?? See inila yang Allah rindukan. Bukan dalam drama je. Dalam realiti pun. Bila kita happy tak der pun yang nak bersyukur ke ingat Allah. Tapi bila susah baru nak berdoa. Contoh yang paling senang masa nak exam baru nak baca Yassin setiap malam Jumaat, nak buat solat hajat tapi bila tak exam jarang kan (AMBOI PIJA SENANGNYA CAKAP, KAU BUAT KE??) hee. :D Okey Pija ngaku Pija pun camni, Actually ni contoh dari ustaz Pija kat sekolah. Ngeee.

So this entry is to remind diri Pija and pembaca pinkybinkyworld sekalian. Harap janganlah mengeluh bila ditimpa ujian Malah tersenyumlah kerana Allah masih nampak kita sebagai hambanya dan ingin kita pulang ke sujud kita.Bukan senyuman itu satu sedekah. Dan bagi yang tengah demam macam Pija moga cepat sembuh and jangan lupa makan ubat ye.(walaupun diri sendiri tak makan ubat) Salam sayang dari Pija. So Pija tinggapkan korang dengan lagu Opick - Tiada duka yang abadi. harap korang akan tersenyum selepas membaca entry ni. Ingat tak mo nangis-nangis. Tak comel. Nangis dalam sujud je okey.



Sunday, 13 January 2013

PERUBAHAN SEORANG HAMBA

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar pembaca pinkybinkyworld? Dah lama pija tak mengupdate blog ni.. haiyaaa.. manyak busy ma.. Last pija update haritu masa mingu orientasi Pija kat USIM and now haha dah abis sem 1 dah baru nak mengupdate.. Minta ampun semua.. Now mari kita sama-sama mencuci blog yang berhabuk bersawang nih ye anak-anak.


Sebelum kita meneruskan ke tajuk utama kita. Di sini Pija nak ambil kesempatan nak wish HAPPY NEW YEAR. belum terlambatkan masih di bulan 1 kan.. ngeee...  So what's your azam ke ada yang dapat boyfriend nama azam taon ni.. ngee.. Alhamdulillah mari sama-sama kita mengucapkan syukur kerana masih diberi nafas dan masih mampu memasuki tahun 2013. And for this year the sad thing is umur Pija akan meningkat ke pangkal 2. no more 1.. Waaaa. tapi perangai masih macam kanak-kanak ribena.. bak kata orang age is jut a number.. So ada apehal walaupun sebenarnya dah boleh kawin dah.. Ngeee..


So di sini Pija ingin meneceritakan perubahan yang berlaku ke atas diri Pija sepanjang 2012. Ok seperti yang semua maklum, Pija on 1 September 2012 Pija telah mendaftarkan diri Pija sebagai seorang pelajar degree di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). So yang ini la telah memberi perubahan yang besar kat diri Pija dari seorang remaja yang selalu di bawah ketiak mak. yela duk asrama masa matrik dekat je. Bak kata orang Penang 'Kentut pun dengar'  atau erti kata lain teramatlah dekat dengan rumah so kalau nak balik bila masa pun boleh saja. But when i got USIM hadoi jauh sangat okey. Dah tak boleh balik tiap-tiap minggu. Memang first tu agak homesick ye adik-adik. Tapi bila dah rapat dengan roomate alhamdulillah semuanya boleh ditangani. Itu perubahan yang pertama iaitu Pija jadi lebih berdikari. 

Okey untuk pengetahuan semua Pija selama ni memang bertudung pendek. Kalau dulu kat matrik pergi kelas slamber je pakai tudung terus selempang langsung tak kisah pasal syarat tutup aurat iaitu tudung melepasi dada. Kalau turun kafe lak dengan slambernya pakai t-shirt angry bird yang pendek tu pastu ambik cardigan belasah turun bukan kafe je tau seluruh matrik kadang-kadang belasa ja pegi keas malam macam tu. hadoi.. Bila pikir balik. MALU.. Tapi alhamdulillah bila masuk USIM perubahan pertama tudung Pija dah melepasi dada. Tak de dah selempang ni. Kalau turun kafe lak pastikan baju bawah dari punggung and besar. 

SEBELUM DAN SELEPAS DI USIM


Alhamdulillah syukur sekarang Pija dah nampak hikmah kenapa Allah bagi Pija masuk USIM. Yela kalau dulu menangis-nangis tak nak masuk USIM sebab ada arab. Tapi kalau pija masuk universiti biasa mungkin Pija tak akan berubah sebab Pija ni jenis mudah yang terikut. Bukan Pija nak cakap universiti lain tak bagus tapi bila di bumi USIM ni semua terdiri daripada orang yang bertudung labuh. Majoriti okey bertudung labuh . Contoh yang senang dalam bilik Pija la. You know what masa first day masuk sini and jumpa dengan roomate tiga orang diorang pakai tudung labuh except me yang still bidang 45. Tapi rupa-rupanya dua lagi tu kadang tudung labuh kadang bidang 45. Sorang lagi tu memang full tudung labuh. Tapi okeyla ada effort nak pakai tudung labuh berbanding Pija. Pija dah berubah ke tutup dada ni pun Pija dah bersyukur teramat sangat. Nak berubah kena sikit-sikit kan tak boleh la mendadak. Yela Pija akui Pija bukan di kalangan yang baik tapi sekarang Pija ke arah untuk menjadi muslimah. Doakan Pija ye, supaya Pija terus istiqamah. 

With of my roomate, Farah Waheeda

And yang paling penting tau la bila berada dalam kalangan yang baik-baik ni memang tak ramaila yang couple. Kat sini memang susah nak jumpa laki perempuan berdua-duaan. Kalau ada pun maybe diorang tu senior and suami isteri. Dalam bilik Pija diorang semua tak couple except me okey. Pija sorang je. Mula nak mengaku tu agak malula. Tapi sampai bila nak berahsia. So I just told them. Nasib diorang ni jenis tak kisah. Diorang nampak je Pija ni macam happy go lucky but the truth is Pija sebenarnya rasa sangat rendah diri bila tengok diorang. Yela ilmu agama diorang perggghhh nak dibandingkan dengan Pija yang still terkontang kanting ni. Tapi Pija masih belajar untuk terus menjadi muslimah sikit demi sedikit. So di sebabkan Pija ngan cik hubby PJJ tapi kami tak kisah sebab ini akan menjauhkan lagi kami dari hasutan syaitan. Walaupun kadang-kadang agak jelous tengok couple lain boleh berjumpa tapi tak pe biarlah rindu ini mengeratkan lagi kasih sayang antara kami dan biarlah dengan jarak ini juga akan mendekatkan aku dengan kekasih sejati aku ALLAH.


 Walau apapun Pija still rindu suasana matrik. Persahabatan kat matrik (Bukan sebab nak ngan cik hubby ye)Tapi persahabatan kat matrik yang dah macam family. Kat USIM ni pija sorang-sorang takder kawan baik except roomate-roomate Pija la kawan baik Pija. Bukan nak cakap budak kelas Pija tak baik. Diorang sangat BEST and SPORTING abis. But ntah Pija lebih suka jalan sorang-sorang. It's easy. Ramai yang tanya kenapa Pija sorang-sorang. Sebenanrnya Pija dah takut nak rapat dengan seseorang sebab nanti macam-macam boleh jadi. Yela Pija dah ada pengalaman yang sangat perit so I don't want it to happen again. Biarla Pija nampak alone, JANJI Pija dah tak ganggu sapa-sapa. Bagi Pija dalam kelas tu semua kawan baik Pija. Tak der pun Pija nak anggap ohh dia gang aku. Dia ni bukan. So biar Pija sorang-sorang. Lagipun kat U ni senang bila sorang-sorang sebab senang kita nak gerak. Tapi janganla sorang-sorang sampai tak berkawan lak. 

Budak laki H4P8 yang ngok ngek semuanya

But it's different la from matrik. Kalau kat matrik dulu pergi memang sorang-sorang tapi balik macam gerabak ketapi. Pastu petang-petang lak turun main tak pun lepak kat tasik. hahaha. MISS YOU GUYS. Kat U ni bila aku jalan sorang aku mesti ingat kenangan kita semua kat matrik. Haiz tak sabar nak buat reunion ngn korang balik. Terutama aku SANGAT rindu budak laki kelas kita okey. Kat sini aku cuma ada berapa kerat ja kawan laki yang agak kamceng mungkin. Tu pun budak kelas lain. So for budak laki h4p8 korang jangan nak kembang sangat ye tapi korang mesmang best. DOUBLE THUMBS UP untuk korang. Kat sini orang cakap aku sombong weyh. STRESSS.. Cmna tak sombong kalau orang tak nak tegur aku. Tak kan tiba-tiba aku nak pi ' Hi, saya nak sembang ngan awak' Ohh please. Tapi tak pe. Bila aku tak dak orang aku nak cakap dalam kuliah aku sangan 'FOCUS' okey sekarang sebab tak dak orang nak layan aku nyembang macam dulu. Tau jela mulut aku kalau dah pot pet. Tak boleh  nak diam. 

So sampai sini saja ya entry untuk kali ini. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa dan ada yang terasa hati. Yang baik itu datang daripada Allah, Yang buruk itu datang dari kekilafan saya sendiri. Nanti ada masa saya update lagi ye. Skang tengah cuti so buley updae selalu. Ngeeee.. :D