Domo

Sunday, 13 January 2013

PERUBAHAN SEORANG HAMBA

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar pembaca pinkybinkyworld? Dah lama pija tak mengupdate blog ni.. haiyaaa.. manyak busy ma.. Last pija update haritu masa mingu orientasi Pija kat USIM and now haha dah abis sem 1 dah baru nak mengupdate.. Minta ampun semua.. Now mari kita sama-sama mencuci blog yang berhabuk bersawang nih ye anak-anak.


Sebelum kita meneruskan ke tajuk utama kita. Di sini Pija nak ambil kesempatan nak wish HAPPY NEW YEAR. belum terlambatkan masih di bulan 1 kan.. ngeee...  So what's your azam ke ada yang dapat boyfriend nama azam taon ni.. ngee.. Alhamdulillah mari sama-sama kita mengucapkan syukur kerana masih diberi nafas dan masih mampu memasuki tahun 2013. And for this year the sad thing is umur Pija akan meningkat ke pangkal 2. no more 1.. Waaaa. tapi perangai masih macam kanak-kanak ribena.. bak kata orang age is jut a number.. So ada apehal walaupun sebenarnya dah boleh kawin dah.. Ngeee..


So di sini Pija ingin meneceritakan perubahan yang berlaku ke atas diri Pija sepanjang 2012. Ok seperti yang semua maklum, Pija on 1 September 2012 Pija telah mendaftarkan diri Pija sebagai seorang pelajar degree di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). So yang ini la telah memberi perubahan yang besar kat diri Pija dari seorang remaja yang selalu di bawah ketiak mak. yela duk asrama masa matrik dekat je. Bak kata orang Penang 'Kentut pun dengar'  atau erti kata lain teramatlah dekat dengan rumah so kalau nak balik bila masa pun boleh saja. But when i got USIM hadoi jauh sangat okey. Dah tak boleh balik tiap-tiap minggu. Memang first tu agak homesick ye adik-adik. Tapi bila dah rapat dengan roomate alhamdulillah semuanya boleh ditangani. Itu perubahan yang pertama iaitu Pija jadi lebih berdikari. 

Okey untuk pengetahuan semua Pija selama ni memang bertudung pendek. Kalau dulu kat matrik pergi kelas slamber je pakai tudung terus selempang langsung tak kisah pasal syarat tutup aurat iaitu tudung melepasi dada. Kalau turun kafe lak dengan slambernya pakai t-shirt angry bird yang pendek tu pastu ambik cardigan belasah turun bukan kafe je tau seluruh matrik kadang-kadang belasa ja pegi keas malam macam tu. hadoi.. Bila pikir balik. MALU.. Tapi alhamdulillah bila masuk USIM perubahan pertama tudung Pija dah melepasi dada. Tak de dah selempang ni. Kalau turun kafe lak pastikan baju bawah dari punggung and besar. 

SEBELUM DAN SELEPAS DI USIM


Alhamdulillah syukur sekarang Pija dah nampak hikmah kenapa Allah bagi Pija masuk USIM. Yela kalau dulu menangis-nangis tak nak masuk USIM sebab ada arab. Tapi kalau pija masuk universiti biasa mungkin Pija tak akan berubah sebab Pija ni jenis mudah yang terikut. Bukan Pija nak cakap universiti lain tak bagus tapi bila di bumi USIM ni semua terdiri daripada orang yang bertudung labuh. Majoriti okey bertudung labuh . Contoh yang senang dalam bilik Pija la. You know what masa first day masuk sini and jumpa dengan roomate tiga orang diorang pakai tudung labuh except me yang still bidang 45. Tapi rupa-rupanya dua lagi tu kadang tudung labuh kadang bidang 45. Sorang lagi tu memang full tudung labuh. Tapi okeyla ada effort nak pakai tudung labuh berbanding Pija. Pija dah berubah ke tutup dada ni pun Pija dah bersyukur teramat sangat. Nak berubah kena sikit-sikit kan tak boleh la mendadak. Yela Pija akui Pija bukan di kalangan yang baik tapi sekarang Pija ke arah untuk menjadi muslimah. Doakan Pija ye, supaya Pija terus istiqamah. 

With of my roomate, Farah Waheeda

And yang paling penting tau la bila berada dalam kalangan yang baik-baik ni memang tak ramaila yang couple. Kat sini memang susah nak jumpa laki perempuan berdua-duaan. Kalau ada pun maybe diorang tu senior and suami isteri. Dalam bilik Pija diorang semua tak couple except me okey. Pija sorang je. Mula nak mengaku tu agak malula. Tapi sampai bila nak berahsia. So I just told them. Nasib diorang ni jenis tak kisah. Diorang nampak je Pija ni macam happy go lucky but the truth is Pija sebenarnya rasa sangat rendah diri bila tengok diorang. Yela ilmu agama diorang perggghhh nak dibandingkan dengan Pija yang still terkontang kanting ni. Tapi Pija masih belajar untuk terus menjadi muslimah sikit demi sedikit. So di sebabkan Pija ngan cik hubby PJJ tapi kami tak kisah sebab ini akan menjauhkan lagi kami dari hasutan syaitan. Walaupun kadang-kadang agak jelous tengok couple lain boleh berjumpa tapi tak pe biarlah rindu ini mengeratkan lagi kasih sayang antara kami dan biarlah dengan jarak ini juga akan mendekatkan aku dengan kekasih sejati aku ALLAH.


 Walau apapun Pija still rindu suasana matrik. Persahabatan kat matrik (Bukan sebab nak ngan cik hubby ye)Tapi persahabatan kat matrik yang dah macam family. Kat USIM ni pija sorang-sorang takder kawan baik except roomate-roomate Pija la kawan baik Pija. Bukan nak cakap budak kelas Pija tak baik. Diorang sangat BEST and SPORTING abis. But ntah Pija lebih suka jalan sorang-sorang. It's easy. Ramai yang tanya kenapa Pija sorang-sorang. Sebenanrnya Pija dah takut nak rapat dengan seseorang sebab nanti macam-macam boleh jadi. Yela Pija dah ada pengalaman yang sangat perit so I don't want it to happen again. Biarla Pija nampak alone, JANJI Pija dah tak ganggu sapa-sapa. Bagi Pija dalam kelas tu semua kawan baik Pija. Tak der pun Pija nak anggap ohh dia gang aku. Dia ni bukan. So biar Pija sorang-sorang. Lagipun kat U ni senang bila sorang-sorang sebab senang kita nak gerak. Tapi janganla sorang-sorang sampai tak berkawan lak. 

Budak laki H4P8 yang ngok ngek semuanya

But it's different la from matrik. Kalau kat matrik dulu pergi memang sorang-sorang tapi balik macam gerabak ketapi. Pastu petang-petang lak turun main tak pun lepak kat tasik. hahaha. MISS YOU GUYS. Kat U ni bila aku jalan sorang aku mesti ingat kenangan kita semua kat matrik. Haiz tak sabar nak buat reunion ngn korang balik. Terutama aku SANGAT rindu budak laki kelas kita okey. Kat sini aku cuma ada berapa kerat ja kawan laki yang agak kamceng mungkin. Tu pun budak kelas lain. So for budak laki h4p8 korang jangan nak kembang sangat ye tapi korang mesmang best. DOUBLE THUMBS UP untuk korang. Kat sini orang cakap aku sombong weyh. STRESSS.. Cmna tak sombong kalau orang tak nak tegur aku. Tak kan tiba-tiba aku nak pi ' Hi, saya nak sembang ngan awak' Ohh please. Tapi tak pe. Bila aku tak dak orang aku nak cakap dalam kuliah aku sangan 'FOCUS' okey sekarang sebab tak dak orang nak layan aku nyembang macam dulu. Tau jela mulut aku kalau dah pot pet. Tak boleh  nak diam. 

So sampai sini saja ya entry untuk kali ini. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa dan ada yang terasa hati. Yang baik itu datang daripada Allah, Yang buruk itu datang dari kekilafan saya sendiri. Nanti ada masa saya update lagi ye. Skang tengah cuti so buley updae selalu. Ngeeee.. :D


No comments:

Post a Comment