Assalamualaikum semua.. (Kalau x jawab dosa, jawab sayang)
Entry kali ni berkisarkan tentang apa yang kita perlu lakukan apabla kita ditimpa ujian. Okey napa Pija timbulkan entry ni ek? Sebenarnya sekarang Pija tengah demam, so Pija dipaksa berehat, so teramatlah bosan and asked myself kenapala semenjak aku bergear pelajar USIM ni senang sangat Pija jatuh sakit. Selalu ja tak dapat nak pegi kelas sebab sakit. Kadang-kadang sampai naik malu tau tak. Tapi apakan daya. Tiba-tiba Pija teringat coach Boling Padang Pija cakap dia bila sakit dia akan happy sangat sebab tu tandanya Allah masih nampak dia sebagai hambaNya. So di sini Pija nak kongsi One of the article that I had read on Aishah Shakirah's blog.
Saya ada satu soalan,
Cuba berikan satu sahaja nama hamba Allah yang tidak pernah diuji? Satu sahaja.
Tiada kan?
Setiap hamba Allah pasti diuji. Mengapa? Kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. Kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.
Tersenyumlah sayang.
Redha dengan ujian yang menimpamu, kerana ia akan membuatkanmu kaya di dunia, dan kelak kaya di akhirat. Jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha Luas. Mungkin ada suara kecil dalam diri anda yang berbisik "kenapa orang lain tidak diuji sepertiku?". Sayang, itu kerana kamu terlalu istimewa. Anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk kamu seorang sahaja. Tidak boleh dikongsi-kongsi. Tidakkah kamu terasa diri istimewa? Allah memuliakan dirimu dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin kamu boleh menghadapinya. Sedangkan yang menciptakanmu sendiri yakin dengan keupayaanmu, mengapa tidakkah dirimu? Ingatkah anda kepada SMS cinta daripadaNya yang berbunyi:
Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut.
If Allah brings you to it, He will help you go through it as long as you remember Him in every single step.
(rojak lah pulak hehe)
Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:
"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan
Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:
“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan meningkatkan darjatny a satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan
kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]
Percayalah Allah melihat setiap pengorbananmu. Allah tidak pernah mensia-siakan dirimu. Allah tidak pernah menghentikan degupan jantungmu. Di saat kamu tidur semalam, adakah Allah menghentikan aliran darahmu? Adakah Allah menyekat pernafasanmu? Tidak! Kerana Allah masih sayangkan dirimu. Usahlah lihat kepada segala bencana atau dugaan sebagai sesuatu yang membuat dirimu lemah, tetapi pandanglah segala nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tidak ada seorang kekasih pun yang boleh memberi nikmat setanding Allah SWT. Sekali lagi saya ajukan persoalan yang sama, mengapa Allah berbuat begitu?
Jawapannya ada pada dirimu sendiri sayang.
Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-NyaTapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri.
Ini hasil dari salin dan lekat di aisyah shakirah punya blg. Although she's younger than me but I'm amazed with his view. ( OH MY ENGLISH!!)
![]() |
SEE!! Sapa cakap bila Allah bagi ujian tu tanda Allah tu tak sayang kita?? Sapa cakap?? (TV cakap) Arggghhh itu semua jangan percaya. Itula sering kali kita lihat drama Melayu bila timpa masalah je nangis meraung-raung tapi apa yang kita boleh tengok dari drama ni bila diorang ada masalah baru kita tengok diorang berdoa. Betul tak?? See inila yang Allah rindukan. Bukan dalam drama je. Dalam realiti pun. Bila kita happy tak der pun yang nak bersyukur ke ingat Allah. Tapi bila susah baru nak berdoa. Contoh yang paling senang masa nak exam baru nak baca Yassin setiap malam Jumaat, nak buat solat hajat tapi bila tak exam jarang kan (AMBOI PIJA SENANGNYA CAKAP, KAU BUAT KE??) hee. :D Okey Pija ngaku Pija pun camni, Actually ni contoh dari ustaz Pija kat sekolah. Ngeee.
So this entry is to remind diri Pija and pembaca pinkybinkyworld sekalian. Harap janganlah mengeluh bila ditimpa ujian Malah tersenyumlah kerana Allah masih nampak kita sebagai hambanya dan ingin kita pulang ke sujud kita.Bukan senyuman itu satu sedekah. Dan bagi yang tengah demam macam Pija moga cepat sembuh and jangan lupa makan ubat ye.(walaupun diri sendiri tak makan ubat) Salam sayang dari Pija. So Pija tinggapkan korang dengan lagu Opick - Tiada duka yang abadi. harap korang akan tersenyum selepas membaca entry ni. Ingat tak mo nangis-nangis. Tak comel. Nangis dalam sujud je okey.
.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)



