Domo

Monday, 10 September 2012

PENGHIJRAHAN SEORANG HAMBA

Assalamualaikum wahai pembacaku sekalian.. (tak jawab dosa jawab sayang)

Hee dah lama dah tak update blog ni.. Dah bersawang dah pun.. Mana tak bersawang sebulan lebih tinggal.. Sorryla ye.. terAMATlah busy skarang ni sampai tak sempat nak mengupdate. So mari kita mulakan operasi pembersihan sekrang..

First of all. Pija nak bagi tahu satu berita gembira iaitu Pija dah jadi pelajar universiti.. (gembira ke??) Kalau zaman dulu kot ye gembira zaman sekarang masuk universiti tu ah jadi kebiasaan.. Betul tak?? But apa-apa pun alhamdulillah dapat juga masuk universiti pilihan bukan senang tau nak bersaing dengan berpuluh ribu orang kat Malaysia ni nak masuk universiti. Ada ja kawan-kawan Pija yang tak dapat universiti.. Cian ngan diorang tapi tak pe bagi Pija apa yang Allah tentukan tu ada hikmahnya. Setiap ujian yang Allah berikan Allah nak kita kuat :) So sape yang dapat universiti tu cepat bersyukur walaupun universiti korang tak suka korang reda je ya.. Jangan nak memilih sangat.. Kang tak dapat sambung belajar baru tau..


So Universiti apa Pija masuk?? Kos APA?? Okey let me tell you.. Pija masuk Universiti yang baru berusian lebih kurang 10 ke 12 thun ntah.. Cer teka??? Ngee.. :D Pija masuk USIM la atau nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia.. Kat mana?? Kat Nilai dekat ngan KLIA kalau lalu highway nak p KLIA tu memang nampak la bilik Pija ni.. Tapi jangan teropong ye nanti naik ketumbit kat mata haha..




Kos yang Pija ambil Pija tau akan menimbulkan kemusykilan bagi sesetengah pembaca kosnye ialah SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO) Mesti ada yang muka macam ni "*o*  haha. Okla kos Pija ni berkaitan dengan math.. Disebabkan Pija ni terlalu cintakan Math so pas matrik Pija terus cari kos berkaitan dengan math ni. Masa isi borang UPU fasa 1 Pija banyak isi cikgu sekali haha x lepas ujian MEDSI.. so masa UPU fasa 2 terpaksa tukar banyak kos. Tapi masa UPU fasa 2 masa tu Pija ada kat Tanah Suci Mekah taw.. Kat sana memang tak der internet.. So apa yang Pija buat.. Apa lagi mencari bantuan di Malaysia la.. Pija kol cik hubby dari Mekah tau.. memang sangat susah.. Dahla Pija tak tau lagi kos apa nak.. ada kat u mana. n macam2 lagila.. So mmg berharap kat cik hubby sepenuhnya. So cik hubby di Malaysia pun menjalankan tugasnya dengan bgtaw kos itu ini u itu ini.. Sedikit sebanyak membantula. Alhamdulillah ada cik hubby kalau tak mungkin skaang Pija dilelong atau tak masuk universiti dah.. Kol cik hubby dari sana sampai abis kredit tau. Tapi yang bestnya disebabkan inila family Pija dah tau pasal Pija ngan cik  hubby ingatkan nak kena marah tapi ajaib mak cuma tanya orang mana ja.. Abah siap nak beli jubah kat cik hubby. but cik hubby bkan species pkai jubah.. so kalau beli pun tak pakai buat pe kan. 

So masa tgh nak suruh cik hubby isi pilihan u tu sangatla risau yela isi ni paling penting tau untuk masuk u. Pija yang minat sc aktuari ni pun suruhla cik hubby tgk u mna ada kos ni. Cik hubby pun cakap ada 4 u ja UITM, UKM, USIM ngan UM. Pada mulanya family Pija tak bagi sebab kos ni susah dapat yela kakak Pija dulu 4 flat minta kos ni tapi tak dapat. Tapi disebabkan minat Pija cakap kat cik hubby nak juga satu so Pija pun suruh cik hubby letak kat USIM. Yang lain Pija minta major math ngn major statistic semuanya.

So bila hari nak semak keputusan UPU adoi jantung macam nak terkeluar. Masa hari check result ni Pija kat kampung so mana la nak ada internet then Pija check guna SMS ja dia tulis 'TAHNIAH ANDA DITAWARKAN QS10. SILA BUKA LAMAN WEB UPU UNTUK MENGESAHKAN TAWARAN' reaksi pertama QS10 menatang pa?? U mana?? Kos apa?? Manala aku hafal kod2 ni. Pastu time tu bka laman web upu guna no digi fizah buka memalui phone. Tengok la USIM SC AKTUARI. Time tu dah gelak sorang-sorang. Pija memang tak jangka suka-suka ja isi tengok-tengok dapat. Alhamdulillah. Tapi terpikir balik kos ni apa yang Pija baca dan pengalaman orang yang belajar diorang cakap kos ni memang susah teramat sangat tapi bila dah kerja gaji memang lumayan. Tak ramai yang tahu kos ni terutama orang melayu kat Malaysia ni cina ja yang banyak kuasi kerja ni. So apa-apa pun Pija akan try my best. Tapi tu la orang melayu bila Pija cakap Pija dapat kos ni ada yang cakap kesian hang kan dapat kos susah. Ish saja nak patahkan semangat orang. Pija tahu Allah dah bagi yang terbaik untuk Pija. So Pija akan berusaha sedaya upaya untuk mak ayah pija. agama, bangsa dan negara.. Aisehh. So for those yang berminat nak tau lebih mendalam pasal sains aktuari ni boleh la baca kat sini http://harithfaisal.blogspot.com/2010/09/seorang-aktuari-merupakan-ahli.html tak pun korang cari je kat En. GOOGLE ngeee


So bila dah bagitau Pija punya ramai pulak yang tanya Cik hubby dapat mana? Sama U ka? Kos apa? Tak takut ka dia cari lain?

Okey buka mata luas-luas Pija nak bagitau, Cik hubby dapat UTeM (Universiti Teknologi Melaka) kos Kejuruteraan Telekomunikasi kot.. Ngee tak ingat sangat lah. tapi adala telekomunikasi tu. So cik hubby duk kat Melaka Pija kat Nilai. Dah tak sama dah. Kenapa tak minta sama U? Tak maula nanti bukan nak belajar kalut nak bercinta ja so better duk jauh-jauh biar rindu merindu baru la sweet gitu.. (okey sila muntah) haha. Pasal cari lain tu itula pentingnya kepercayaan satu sama lain. Kalau ada jodoh tak ke mana. Kalau cik hubby betul-betul sayang Pija 1000 perempuan goda dia pun dia tak boleh tewas kan kalau dia tewas tu nampak sangat lah dia belum betul sayang kita. Betul tak? So apa nak ditakutkan (padahal dalam hati takut juga sebenarnya) ngee

Satu je rahsia kat sini (rahsia ke??) Tak tau la aritu Pija ada dengar orang cakap kat sini kalau pakai cincin bermaksud dia dah berpunya. haha..Tak tau la betul ke tak.. so apa lagi memang Pija pakai la kan.. Hek3.. Tak caya tgk ni bukti. Kawan fizah candid kan gmbar ni.. Tak perasan lak.

Okey rasanya cukup kot pasal penghijrahan baru ni. Nanti kalau ada kesempatan Pija cita pasal my life in USIM. Gempak seyh..

Tuesday, 31 July 2012

Nikah Gantung ^_^


Assalamualaikum. (Tak jawab dosa, jawab sayang)

Bila sebut je pasal nikah semua mata yang kecik mesti telah dibesarkan kan? Hihi dah jadi lumrah setiap manusia suka untuk berpasangan. 


Bila pija buka facebook hari ni pija ternampak gambar ni. Dalam hati pija ya Allah ibu bapa mana la yang sanggup buat anak dia macam ni. Tu tak kira kes buang anak lagi kan. Kalau dulu masa zaman jahiliah dorang tanam anak perempuan hidup-hidup tapi sekarang lagi teruk tak kira laki perempuan bunuh macam tu je. Inila yang tejadi bila zina terjadi lahirlah anak luar nikah. Tipula kan kalau nak cakp si ibu kepada bayi-bayi ni tak sayang anak diorang. Kalau tak buat apa diorang tunggu sembilan bulan 10 hari baru nak buang. Tapi disebabkan terlalu takut sebab tu la banyak benda macam ni berlaku.


So hari ni bukan pija nak cerita pasal kes buang anak ni. Pija nak cerita salah satu langkah untuk selesaikan masalah ni. Okey kebanyakan student zaman sekarang ni dah ramai yang beria-ria nak kawin. Kalau kuar date tu mengalahkan pasangan penanten. Hihi. Berkepit sana sini. Bak kata cik hubby kalau tengok girl linking arm dengan boyfie dia "Buat macam boyfriend dia nak lari ja" haha. So girl please jangan nak linking arm sangat kang korang kena kutuk dengan cik hubby saya ya and bagi lelaki di luar sana tak payahla nak peluk pinggang awek korang tu tak lari pun awek korang tu dari korang. Korang nak sweet tunggu lepas kawin okey. Takut nanti lepas kawin sorang hujung sana sorang hujung sini sebab dah penat bersweet-sweet ni. :P (hamboi sedapnya mengata orang cik pija oi)


Okey pija tau pasal nikah gantung ni masa terbaca dekat sinar harian. So disebabkan diriku yang gatal nak kawin ni teruslah search kat en. serbaguna en. google. Dan banyak jugala info yang pija dapat. . Nikah gantung ni memanga sangat fofular di kalangan student universiti. Yang sekolah tu korang spender pun mak beli lagi so duk diam. tak payah nak gatai sangat. Jadi kalau dah korang sayang sangat dah kat awek korang tu ni jela jalan penyelesaiannya. So let us explore about this nikah gantung. 

Nikah gantung(atau dalam bahasa arab nikah khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-sua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga boleh diringankan atau dilepaskan. Dalam kata lain majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akd (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga mas kahwin perlu dibayar (korang jangan cakap tak cukup duit mas kahwin murah ja okey). Untuk hantaran boleh ditangguhkan dahulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
  • Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
  • Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. (Janganla pula korang nak meraung-raung sebab anak yang korang lahirkan itu adalah sah hukumnya).
  • Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
  • Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
  • Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Haip ramai yang dah teruja ya. Mai kita explore tunag vs nikah gantung pulak. Hasil  dari copy dan paste kan temetemrity.blogspot.com.


NIKAH KHITBAH
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)
  • bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri sekali je ;P , selamatttt)

TUNANG

  • menyatakan hasrat kpd keluarga wanita, dan bertunang (hubungan bayangan)
  • masih tidak sah hubungan suami isteri dan tidak duduk bersama
  • bila dah bersedia, buat majlis akad nikah, buat walimatul urus, dan boleh duduk bersama apabila sudah sah hubungagn suami isteri.
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri 3 KALI PALING KURANG, amik kaw..)

the PROBLEM dalam masyarakat kita sekarang ialah.. "GATAL".. PENYAKIT GATAL YG MELANDA KETIKA TEMPOH TIDAK DUDUK BERSAMA..
tp penyakit GATAL ni tak salah kalau disalurkan dengan cara yg betul.. contohnya..
TIME DATING

PEGANG-PEGANG / MANJA-MANJAdan yang paling best...
SELAMAT DARI PENCABAR2 TERDEKAT

Hadis Rasulullah (saw)"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"




errrrr... teme hanye share maklumat... tiada niat terselindung

PSS : bertunang tak salah.. tp jgn "OVER".. silap pada masyarakat kita ialah, kita jadikan pertunangan tu sebagai "LESEN" utk lakukan maksiat... renung2kan... wallhualam~~



Okey tawan-tawan yang mana dah tahap excited state tu sila maklumkan kepda keluarga anda. Terima kasih. Hee. Tapi jangan pulak nikah gantung sampai ke tua. Melampaula tu tak dak tanggungjwawab langsung. Bila korang dah abis study dan sudah bekerja dan dah mampu, isteri anda akan dihantar ke rumah anda so jangan buat tak kenai isteri time tu noh.Untuk maklumat lanjut boleh la anda melayari cik google ataupun iluvislam.


So camna? Hee pija ngan cik hubby sebelum ni ada juga bersembang pasal nak kawin ni tapi pikiaq pasal tanggungjawab lepas kawin.. Erk.. bersediakah anda? Terutama cik hubby la. So hee lepas tau pasal nikah gantung ni. Hee (senyum sampai telinga) Wekk. Tak de la. Banyak lagi benda kami nak lalui. Lagipun kakak pija yang 2 orang tu tak kawen lagi melampau la kan kalau pija kawin dulu. Nak study pandai-pandai dulu. Cari duit banyak-banyak dulu. Memang boleh tapi cek tak mau ngandung masa kat universiti. Susah. Anak cek nanti tak dapat kasih ibu bapa yang secukupnya. (aiseh) Dannn cek muda lagi (Muda ka? Pija oi taon depan hang masuk pangkai 2 dah oi. Tapi perangai anda seperti orang yang baru masuk pangkai 1) For those yang tak paham anda bukan orang penang atau kedah ya. Hee. Tapi kalau sudah sampai jodohnya atau tertulis kawin awal akan ku kawin jua. Ya cek tau cek memang gatai. haha. 


p/s : Tak kan baca sila tinggalkan komen ye.


Monday, 30 July 2012

CINTAKU PART 4


Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang sudi membaca coretan saya ni.

Okey ni maybe part last untuk entry Cintaku ye. Dalam entry CINTAKU PART 3 pija cuma cerita macam mana kitorang couple je kan. So sekarang pija akan sambung cerita masa kami couple pulak.

Untuk pengetahuan korang kan cik hubby dengan  C dah putus kan. Tapi bila diorang putus diorang tak bagitahu budak kelas pija tau. So kawan-kawan kelas banyak yang aggap diorang still couple lagi. Masa kitorang dah declare couple kitorang diam je. Sapa pun tak tau. Cuma roomate pija je yang au. Yela Pija dah anggap diorang macam family Pija so memang selalu pija jarang rahsiakan apa-apa dari diorang. Pada mulanya diorang pun terkejut. Diorang suruh pija fikir betul-betul dulu. Tapi pija yakin itula keputusan pija sebab entah kenapa pija rasa happy sangat bila dengan dia. So bila dalam kelas kitorang berlakon macam biasa. Hee macam tak de pa pe gitu kadang-kadang tu ada gak main mata. [wekkk.. gedik tak] So macam mana orang boleh tau ek?

Hari last sebelum dia naik keta balik Perak [Muka tahan nangis]
Kan setiap petang kitorang turun main badminton so ada sepasang couple ni kawan sekelas pija@ketua kelas pija dia ngan awek dia selalu join kitorang. So diala orang asing selain dari roomate pija yang tau kitorang couple. Bila dia tau haha expression dia aku dah agak dah tengok hampa bermanja lain macam. Haha sori ziyad terpaksa rahsia sebelum ni but dia perlulah berjanji tak bagitau orang lain. But one day ada sorang budak laki kelas Pija ni memang dia ni pija panggil pak cik kepochi. Sibuk je. And Pija kantoi mesej dengan dia. Hadoi apa lagi dia telah sebarkan kat budak laki yang lain. Nasib baik Pija rapat dengan budak laki so senang boleh kawtim dan mungkin juga sebab cik hubby kawan diorang [entah dari kecik sampai besar kawan baik pija kebanyakannya lelaki boleh ngam kawan ngan diorang, ngan budak pompuan boleyla untuk duk sembang biasa-biasa]. Pija tak tau lagi yang kantoi mesej ni tiba one of my friend azwan dia datang cakap kat Pija. " Macam ni la kawan bila bahagia tak mau kongsi, aku touching ni " Mula nak berlakon macam tak paham. Tapi dia cakap aku dah tau sejak bila ha. Adoi. So terpaksa berterus terang baru ja. Belum sampai masa nak kecoh lagi. Haha pija tak tau apa yang cik hubby jawab kat diorang confirm kena lagi teruk. Hee.

Our cincin couple. Wristband tak der gambar

Sepanjang tu budak perempuan memang tak tau lagi sampaila ada sekali tu kitorang kuar outing and time ni kitorang beli wristband dengan cincin couple. Masa ni memang dah nekad nak bagitau. Kitorang buat kalau orang tanya baru kami nak bagitau kalau tak tak kan la tiba-tiba nak cakep weh aku couple ngan dia tak ke gila namanya tu. So keesokannya bila pi kelas ramai yang minta nak tengok cincin tu. Mula-mula tu takut gak nak bagi tapi dah malas nak berahsia ni. So bagi je. Kat cincin tu ada ukir nama Pijah <3 Ashraf. Masa ni la budak pompuan ha? Ashraf. Ng ngan acap couple ka? Pija senyum ja. Pastu diorang tengok tangan cik hubby haha memang ada cincin and gelang yang sama. And some of the other girls tau bila pija ngan cik hubby makan sama-sama masa kat cafe. 

Haha macam gambar penanten dah. WIth some of my friend.
Yang mamat gelong baju hitam tu la Ziyad. 

Mula-mula tu happy sebab dah ramai kawan yang tau so tak payah nak bersembunyi lagi. Tapi... Dugaan lagi hebat datang. Ingat tak Pija pernah nangis teruk sebab gaduh ngan C and D. Kan C putus ngan cik hubby tak bagitau orang. So pija dituduh perampas that's why pija nangis teruk [Haiz mulut orang korang tak tau sebab apa korang diam]. Ada yang menyampah tengok pija sebab pija rampas kawan punya. Tak ramai pun yang betul-betul suka kecuali kawan-kawan laki and some of the girls yang rapat ngan cik hubby. The rest hmm. First pija dengar pija digelar perampas sedih sangat pija selalu fikir perampas ka aku? Pija dah putus lebih kurang sebulan cik hubby pulak dah putus lebih kurang 3 bulan. Salah ke kalau kitorang nak bersama. Mula-mula tu macam nak give up je ngan cik hubby tapi one of my friend cakap ala mulut orang sampai bila pun kita tak boleh tutup. Diorang tak tau yang kita alami. So kalau kita rasa bahagia teruskan je.

With one of my roomate yang selalu support Pija

And bila fikirkan balik betul cakap kawan pija mulut orang biar jela. So pija ngan cik hubby teruskan je hubungan kami lebih kurang sebulan lebh lagi kat matrik tu. Memandangkan kitorang nak berpisah tak lama lagi so biar je apa orang nak cakap.

On our last day in matrik

Then kitorang pun teruskan sampaila abis matrik ada yang suka ada yang buat-buat suka. So biar jela janji pija ngan cik hubby bahagia ye tak. Yang tensionnya bila dah tiga-tiga satu kelas ni ada ja kawan-kawan pija yang suka ngusik tertama dak laki la. Pija ng tgk acap duk dekat ngan C tu. Pija ng tgk acap duk sembang ngan C. Pija tu.. Pija ni.. Argghhh oit aku tak jeles lah lagipun aku percaya diorang. [haha padahal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu]

Gambar ni diambil masa kitorang kawan lagi.
But I love the way he look at me.

Sakit o kalau dulu masa C couple ngan cik hubby ada gak D ngan Pija support kalau ada masalah ke nak kuar date ke. Ni kalau duk ngan C and D nak sebut nak cik hubby pun diorang dah buat muka. [Tak pe aku paham sebab tu aku tak pernah cita pasal acap kat korang k]

Gambar ni C yang ambil.
Tengok muka cik hubby serius je tengok camera.

Bila habis matrik Pija ingat dah settle masalah rupanya si ex Pija duk tuduh pija putus ngan dia sebab acap rampas pija dari dia. Abis semua kawan-kawan lama pija anggap cik hubby ni playboy. Kalau dia sebar kat kawan lama tak pa. Ni sekali ngan sepupu-sepupu fizah dia gitau. Geram gila. Sekarang ni sepupu pija tak suka pun pija couple ngan acap sebab diorang anggap acap ni playboy rampas kak cik diorang. [Hadoi adik-adikku sekalian korang dengarla cakap kak cik abg ashraf tak playboy pun kak cik pun putus lama dah sebelum couple ngan abang ashraf]

To ex : Tolong jangan nak sebar benda bodoh tu lagi boleh. Sedarla sikit kenapa kita putus and itu semua disebabkan kau so jangan salah orang lain boleh??

Macam-macam kan. Tapi apa pun yang terjadi aku ngan ashraf masih lagi bersama dan inshaAllah jika dipanjangkan usia, jika dia melamar aku suatu hari nanti dia la yang akan menjadi suami aku. Doakan jodoh kami panjang ya kawan-kawan. Pija harap yang ni la yang terakhir. Pija dah tak nak putus then bercinta lagi. Rasa macam cinta ni tak dak harga. InshaAllah cinta kali ini akan sampai ke syurga. Amin.


Satu je nasihat Pija for those yang masih single tu korang tak payahla cuba-cuba nak couple sebab couple ni cuma tambah masalah je. Korang jagala cinta korang dan bagi kepada insan yang halal. Pija dah cuba untuk single. Tapi disebabkan pija dah pernah couple so once i'm single pija rasa sunyi. Tapi apa yang penting cinta pija yang sentiasa kekal di hati pija ialah cinta Allah, nabi Muhammad dan kepada keluarga pija. (^_^)

My gola-gola hati

To my jantung hati : MUHAMMAD  ASHRAF SABRI
 Saya sangat menyayangi awak. Jika dipanjangkan umur saya berharap agar suatu hari nanti awak melamar saya untuk menjadi yang halal di sisi awak.  Maafkan segala kesalahan saya. Saya tahu saya ada banyak kekurangan. Maafkan saya okey.

Salam sayang,
PIJAH

p/s : Jangan tanya kenapa banyak baju pakai jubah. Hari pakai jubah ja ada mood nak tangkap gambar. Lagipun saya cair tengok dia pakai baju melayu :P

Sunday, 29 July 2012

CINTAKU PART 3


Assalamualaikum... (Tak jawab dosa, jawab sayang)
Pernah tak korang berfikir yang korang akan couple ngan kawan baik korang sendiri?  Tak kan. Hee itula yang terjadi kat Pija. Kawan baik menjadi CINTA.

Macam mana boleh terjadi? Nak ceritala ni. Cita dia bermula macam ni.. [Awan atas kepala]

Sambungan daripada entry CINTAKU PART 2. Kan cik hubby dah cakap dia suka saya. Tapi ala suka ramai orang boleh suka. Belum tahap sayang lagi. So buat tak tau je masa tu boleh lagi lawak-lawak macam biasa. Apa perasaan Pija masa tu ek? Pija tak de apa-apa perasaan lagi masa tu sebab Pija tau tak mungin Pija akan suka kat dia. Tapi... satu hari ni Pija dapat call mak Pija sakit. Masa tu Pija sedih sangat-sangat. Masa tu yang ada kat sisi Pija yang kuatkan Pija cuma cik hubby. Masa ni la Pija dah start suka kat dia. [Kan Pija cakap Pija failed kalau lelaki caring ni memang suka la. Tambah pula dia ni baik] {cik hubby tolong jangan bangga kalau baca ni okey} Masa kat umah Pija saja nak usik dia Pija cakap kalau aku ajak hang couple nak tak? Haha. Masa tu memang niat Pija nak main-main je. Yela Pija tengah sedih nak jugak menggembirakan hati ni sebab tau mesti dia tak setuju pun kalau ajak. Yela masing-masing masih dalam keadaan frust dan tak boeh lupakan pasangan masing-masing. Lagipun Pija kalau boleh tak nak couple dah. Ingat nak bercinta lepas kawin je mesti sweet kan? ^_^


Tapi kan start dari hari tu kitorang rapat lain dari hari-hari lain. Panggilan nama pun dah tukar tau. Kalau dulu aku hang tapi dah upgrade sikit ye. Kawan-kawan pun ada perasan tapi memang tak de pa pe lagipun. But tak lama lepas tu Pija masih ingat hari tu hari Jumaat. Kawan Pija si C mesej cik hubby cakap yang dia masih sayangkan cik hubby. Okey. Bila cik hubby bagitau Pija, Pija tak tau nak cakap apa. Pija suruh ci hubby buat keputusan sendiri. Pija tak kisah lagipun memang C layak dapt cik hubby tapi kan tak tau kenapa masa tu Pija rasa hati Pija sakit, sedih. Pija nangis. Pija cuba untuk relakan tapi hati Pija sakit. Pija memang tak faham kenapa Pija rasa macam tu. Then Pija ceritakan dengan one of my friend and dia cakap sebenarnya Pija dah jatuh cinta but Pija tak nak ngaku sebab dia tu kawan baik Pija. 

Walaupun Pija tau the truth tapi semua dah terlambat Pija dengan hubby gaduh teruk. Mungkin bukan jodoh kami. Time tu Pija selalu baca doa ni selepas solat.


Ya ALLAH
Seandainya telah Engkau catatkan 
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi 
Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini 
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan dia buka milikku 
Bawalah dia jauh daripada pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku sari kekecewaan

But tak lama lepas tu satu hari ni Pija dapat mesej dari cik hubby dia cakap camni "Kalau aku ajak hang couple hang nak tak" Masa tu Pija tak tau napa Pija seronok sangat tapi dalam masa yang sama Pija terfikir pasal C. Dan halangan yang bakal kami akan hadapi. Tapi sebelum tu Pija dah tanya C and dia cakap dia tak kisah pun but I know dalam hati dia mesti sakit kan.  Pija pun tak pernah minta semua ni terjadi. Pija tak tau napa wujudnya perasaan ni. Tapi tu la hakikat yang Pija terpaksa alami. Pija dah cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan tu tapi tak boleh. Dan akhirnya mesej tu pun Pija balas dengan jawapan "Mestila nak" sebab Pija dah tak larat nak menipu perasaan sendiri.

Abaikan Muka Pija yang buruk tu okey
So aritu 6/3/2012 tepat jam 11.55 malam sahla kami sebangan pasangan couple. Tapi kami rahsiakan daripada orang ramai. Berlakon macam tak de pa pe la konon. Then macam mana orang lain tau. Ni on the next entry k. I'm not feeling well. Demam. Next entry cita macam mana sakitnya Pija terpaksa hadapi dan macam mana orang ramai dah start tau.

CINTAKU PART 2


Assalamualaikum (tak jawab dosa, jawab sayang)

"Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata masih mau dimaka jua, Cinta jagan dibuat macam goreng pisang, sungguh enak bila makan panas-panas bila sejuk ia jadi kurang enak ho ho ho" Pernah dengar tak lagu ni Saiful Apek ngan Yusry KRU nyanyi dalam filem Lady Boss. 

Okey arini saya akan sambung entri saya tentang cinta saya. Cinta saya kali ni adalah di mana sahabat baik telah bertukar menjadi cinta. Bukan tu saja pemilik cinta saya ini juga sebelumnya menjadi pemilik cinta kawan baik saya si C. Ingat tak saya cerita dalam entry PERSAHABATAN. Ha.. Nak tau macam mana. Meh sini saya nak cerita.


Sebenarnya saya, C dan hubby saya ni satu kelas di matrik. So pada mulanya si C couple dulu ngan hubby saya. Saya pulak masih couple dengan ex-boyfie saya masa tu. So hubungan saya dengan hubby saya masa tu adalah sebuah persahabatan. Mula-mula tu tak rapat sangat. Tapi sebab C couple dengan dia so saya pun rapat [sebab rajin tolong diorang settle masalah kalau diorang gaduh]. Dulu masa C couple dengan dia saya siap cakap lagi " Kalaula aku couple ngan dia confirm aku tak tahan, 24  jam aku gaduh ngan dia" [haha amek kau sekarang]. So macam mana kitorang boleh couple???


Okey masa pertengahan semester 2 masa tu tengah cuti mid-sem tiba-tiba Pija dapa mesej dari hubby Pija cakap dia dah putus dengan si C. What??? Memang terkejut abis time tu. Terkejut ke? Haha. Sebenarnya Pija dah tau C ni nak putus dengan hubby Pija lama dah cuma Pija suruh sabar dulu sebab kitorang satu kelas nanti kalau diorang putus susah nak bekerjasama dalam banyak benda. So C cakap okey dia nak tnggu abis matrik pastu dia nak putus. Dah itu keputusan C Pija tak boleh nak paksa diorang terus bertahan. Masa hubby Pija bagitau diorang putus dah Pija memang terkejut sikit sebab awal dari apa yang dijangka and C pun  tak mesej apa-apa bagitau Pija. Time tu takkan nak paksa diorang couple lagi so apa yang Pija buat adalah pujuk si hubby Pija ni sebab lepas cuti tu ada exam so mesti dia sedih sebab dia ni sayang abis kat C ni. Apakan daya? So start dari hari tu Pija ngan hubby Pija ni jadi kawan baik sebab Pija nak tolong dia lupakan C. Kan Pija ada cita yang Pija dengan C tak rapat sangat masa sem 2 so petang-petang Pija dengan hubby ni turun main badminton sama-sama dengan D. Pastu mesej non stop kecuali time kelas la. 


Gambar yang dicandid oleh kawan Pija

Masa kitorang kawan baik tu Pija tak rasa ada feeling apa-apa lagi pun sebab time tu Pija masih couple ngan ex-bf Pija. Tapi banyak Pija kongsi masalah dengan dia. Ingat tak Pija hangout ngan kawan-kawan hubby Pija pun ada gak masa tu sebab tu la ex-bf pija tak tentu arah marah sebab terlalu jeles. Padahal masa tu 5 perempuan 1 laki. So hari tu Pija putus ngan ex-bf Pija. Masa tu tertukar pulak. Si hubby pulak pujuk Pija. Haha. So dari sehari ke sehari kami rapat tapi time tu Pija masih lagi tak de rasa apa-apa perasaan kat dia sebab yela orang masih berkabung. 


Satu hari tu Pija ada perasan yang hubby Pija ni ada suka kat one of my friend. Macam mana Pija tau? Dari mata dia. Ingat mulut boleh bohong tapi mata tak dapat menipu okey. So malam tu Pija tanya and dia cakap betul BUT.... dia cakap lagi yang sebenarnya dia pun sukakan Pija. Buang tabiat pa pak cik ni. Aku yang ganaih + tak lawa ni dia nak suka. Masa tu memang tak caya pun sebab dia ni suka mengusik but dia cakap betul dia serius. Pija macam adoi kenapa aku. Aku anggap hang kawan baik aku ja. Dan kalau nak couple pun susah sebab dia bekas kawan baik Pija punya. AND prinsip Pija jangan sesekali ambil kawan punya. jangan couple sengan budak stu kelas or matrik sebab nanti Pija dikongkong. [sekali amek kaw semua Pija langgar]. 

So apa yang terjadi sampai Pija boleh langgar prinsip Pija ek? Teruskan membaca Cintaku Part 3. Kalau nak tulis kat sini jugak Pija takut korang semua tertido sebab panjang sangat. So Tunggu...

CINTAKU PART 1


Assalamualaikum..
Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa kan. Jangan ada yang ponteng puasa tau. Budak kecik umur 5 tahun pun dah puasa so tak kan awak yang umur 25 tak boleh puasa ye tak.

Okeylah seperti yang diwar-warkan entri kali ni adalah pasal percintaan Pija. Hee sangat unik tau. So sangat rugi kalau tak baca [tangan di bahu, mata ke atas]

Ingat tak Pija cakap pasal lelaki yang tinggalkan Pija dalam entry Kurus tu best ke? . He is my first love. Tapi dah dikecewakan. Tapi tak lama lepas tu Pija dah dapat boyfie baru tapi Pija couple ngan dia bukan sebab sayang tapi sebab nak isi kekosongan and nak lupakan boyfie lama Pija. Tapi 2 la disebabkan sifat caring dia [Pija memang kalah kalau dengan orang caring ni] so Pija pun fall in love bak kata orang Kedah. Tapi disebabkan satu pergaduhan besar yang berlaku kami pun putus. [Hai malang sungguh] tapi.. tapi.. tapi.. {jari telunjuk ke kiri ke kanan} Kitorang couple balik tak lama lepas tu. Dengan dia pling lama okay 3 tahun. Nak tau sebab apa kami putus. Nak???


Okeylah kami putus sebab Pija dah tak tahan dengan perangai dia. Sebenarnya dia ada satu perangai yang memang Pija tak tahan sangat iaitu sifat panas baran.  Nak tau setiap kali dia marah memang Pija kena tahan je dengar. Sampai satu hari Pija ada buat satu salah and dia anta mesej kat Pija eh bukan kat handphone kawan Pija sebab phone Pija dah abis bateri. Dia anta kata-kata maki okey. Contohnya " hoi anak h***m. Ng x reti angkat phone ka? Ng tau x jaga 10 ekoq b*** pun x macam jaga ng. Dasar anjing betina" and panjang lagi la. Kawan Pija baca sangat terkejut and diorang suruh Pija putus jer. Mula-mula Pija rasa marah sangat. And memang nak putus je but Pija masih sayangkan dia. Esoknya kitorang jumpa then time 2 la dia pujuk Pija sampai dia nangis sebab dia tak boleh kawal diri bila marah. So disebabkan perempuan ni tak boley tengok laki nangis Pija pun maafkan dia. So bila kitorang putus ek?


Okey kitorang putus masa satu hari ni Pija kuar dengan kawan-kawan matrik. Outing la kira. But on that day dia tak abis-abis col Pija. Anta msg. Sampai Pija geram. Nak hangout ngan kawan pun tak senang. Dia hangout pandai pulak tak nak Pija kacau. Seperti biasa Pija kena maki lagi. Tapi kali ni Pija dah tak tahan sebab dengan kawan-kawan Pija dia maki. Satu je perangai Pija nak cakap Pija macam-macam tak pe tapi bukan dekat family, kawan ngan boyfie Pija. So on that day Pija dah bekad nak putus sebab bila fikir balik kalau masa couple pun dia boleh maki kalau kawin nanti besar kemungkinan Pija akan selalu kena pukul.

So berakhirla kisah kami di situ. Pastu Pija couple dengan ex-boyfie kawan baik Pija. Ha yang ni lawak + dramatik gile. Nak tau. Tunggu entry CINTAKU PART 2 okey.

Saturday, 28 July 2012

Blog Lelaki VS Blog Perempuan



Assalamualaikum ( Tak jawab dosa, jawab sayang )

Hehe. Tajuk entry pun dah menunjukkan yang saya nak cakap sikit tentang  isu-isu perdebatan antara blog kaum ADAM vs blog kaum HAWA ni. Mungkin ada yang dah tau jawapannya sebab kebelakangan ni tajuk ni diadakan di mana-mana entri blogger lain. So saya nak kongsi sikit isu ni daripada stu blog yang saya dah baca ni.

Semua orang mempunyai keistimewaan blog yang tersendiri tak kira laki @ perempuan. Mungkin dari segi entrinya, hiasan blognya, followernya dan kerajinannya berblogging serta rajin mengomen entri blogger lain. Saya ni masih baru dalam berblog ni (so sifu tolong beri tunjuk ajar ye) dan jangan segan-segan nak follow blog kite taw.. [sambil buat muka comey]

Okey di sini pija nak utarakan sedikit maklumat yang saya dapati dari sorang blogger ni iaitu kelebihan dan kekurangan antara blog lelaki dan permpuan. Terlebih dahulu saya nak bincangkan yang lelaki dahulu. Kenapa lelaki dulu? Hihi dorangkan pemimpin so dorg pnya la kena start dulu (kau merapu ni cik pija oi)
Okey meh saya nak senaraikan kat sini ye:

KELEBIHAN BLOG LELAKI
  • Sebahagian blog lelaki ni agak simple tetapi padat dengan maklumat yang telah dibuat
  • Suka menceritakan tentang isu semasa dan benda sekeliling dia orang kecuali hal peribadi
  • Letak widget yang penting sahaja di blog diorang
  • Sesetengah lelaki tu tak letak widget lagu sebab ia boeh menyusahkan blogger lain untuk mengfokuskan apa yang diorang tulis [Saya letak lagu sebab rasa bosan kalau tak de lagu so kalau korang rasa annoying korang boleh tekan butan II] 
KEKURANGAN BLOG LELAKI
  • Sebahagian blog lelaki suka buat entri lucah yang kadang-kadang menyebabkan seseengah pihak membaca agak terpesong akidah.
  • Suka letak iklan yang boleh memberatkan blog sendiri (letak sikit udah le janganla bayak sangat sampai menyusahkan blogger lain
  • Kadang-kadang dalam entri dorang dalam mood marah ashik nak salahkan perempuan je. Padahal gaduh dengan sorang tu je, nak libatkan ramai pihak plak ( bukan nak berleter, tapi dah banyak blog macan ni saya jumpa.. perempuan pun ada tapi diorang pndai cover.. hihi )
  • Kadang-kadang ayat-ayat diorng sangat hot n spicy dan menyengat saya yang baca pun kadang-kadang tersentap

Yay. Done with guys. Girls korang jangan nak gelak sangat ni untuk korang plak. Tapi yang girls saya banyak puji hihi yela saya kan girls. (Buat gigi arnab sambil tang kat belakang) Melawak je. Rasanya lebih kurang sama je dengan laki punya.

KELEBIHAN BLOG PEREMPUAN
  • Sebahagian blog perempuan memang mngikut ciri-ciri kehidupann dorang dan nampak sweet 
  • Blog kami agak cute dan comel. [Okey lelaki sila muntah tau korang jeles. Hee]
  • Suka menceritakan hal kehidupan yang boleh menarik perhatian semua pihak untuk memberi komen yang bernas
KEKURANGAN BLOG PEREMPUAN
  • Sebahagian blog perempuan suka menceritakan hal yang agak peribadi sampai masalah sulit dan tidak patut dicerita pun diorang cerita 
  • Bagi yang bercouple, kenapa suka sangat letak gambar pakwe anda? Nak bagi perempuan lain tengok pakwe anda? Nanti orang lain kebas baru tau. Hee [ Okay ni aku tau sebab korang nak gtau pakwe korang, korang sayang dia kan hehe. Tak pe aku paham]
  • Janganla cuba letak widget yang membuang karen blog korang sampai menyusahkan blogger lain. 
Itu saja dari saya. Hee. Maybe korang akan cakap eleh dia pun buat. Memey la saya buat sebab kelebihan dan kekurangan tu ada yang saya ambil dari blog lain saya hanya berkongsi sahaja. Hee apa komen korang?

Friday, 27 July 2012

Ayat Maut Seorang Perempuan






Aku confirm ramai kat sini terutama lelaki yang kadang sukar untuk memahami wanita terutama dari sgi hati. Oleh sebab perempuan ni jiwanya halus, kerap kita mendengar kata-kata sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita yang kadangkala sukar untuk dimengerti terutama lelaki.. So kat sini saya nak kongsi sikit tips untuk paham ayat perempuan ni.


Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.



Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.



Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.



Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.



Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.



Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda


Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe



Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.



Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

Kurus Itu Best Ke???



Assalamualaikum... ( x jawab dosa.. jawab sayang..)

This is my first time berblogging....So msih byk klmhn sy.. mintak ampun ya,..Bg yg dh lma berblogging ni silalah ajar ya...Tunjuk ajarku sifu :)

Ok balik pada tajuk... Kurus Itu Best ke?? Meh sini nk ckp.. Oit jd kurus x best ok?? Haha.. Mntg2 kau gemuk nk kutuk org kurus plak ek.. Bukan kutuk... Depends pd org ad org sronok jd kurus ad org x ska.. Klu sy, sy x suka jd gmuk.. Sy lbih suka jd sdrhna.. x gmuk.. x kurus..Tp bg yg ssah nk gmuk wlupun mkn mcm2 tp still x gmuk2 korg spautnya bersyukur sgt2.. Yela korg tau x brapa rmai mnusia ka dnia ni snggup than lpar sbb nk kurus.. Tp korg mkn brpa byk pun still x gmuk2.. best an?? tp korg kna hati2 taw x smstinya kurus itu sihat.. Korg kna jga mkn gak sbb tkut nnt lmak korg tu x naikkan bdn tp akan bt koorg pnya sluran drh trsumbat.. susah taw.. 

Ok start cita.. Sbnrnya aq ni asal dr sorg agk kurus... Msa aq krus dlu mmg best r.. Tiap2 hari mst dpt msg dr laki (termuntah mak enon bca satement aku ni ).. Bngga la kunun sbb rmai laki mnat ngan aku.. Ohh please.. Kebanggaan tu kejap je.. Dah ramai sangat aku pun jatuh hati dengan sorang mamat ni.. So dah dia mnat aku aku pun mnat dia.. Aku pun brmulalah cinta monkey aku.. Kunun jatuh cintan abis la.. Tapi dalam masa yang sama aku still diganggu oleh lelaki-lelaki yg kononnya 'suka' ngan aku ni.. So one day aku tanya one of my best friend dia ni laki.. Aku tanya knapa lelaki suka kcau aku pdahal nak cakap aku cantik x la sangat rmai lagi kwan-kawan aku yang jauh lbih cntk dari aku.. So dia pun ckap sbnrnya ng ada body yg cantik (okay sila muntah dalam baldi ).. haha.. then kononnya aku nak setia la kan dgn si mamat yg aku dh tngkap cintan 2 aku pun brnekad nak naikkan brat bdan aku.. Then x smpai  2 bulan aku amalkan pmkanan yg tidak sihat.. jeng.. jeng.. jeng.. brat aku naik 7 kg.. OMG!!! Time 2 trkjut pun ada.. Sronok pun ada.. Seronok sebab dah x ramai sangat lelaki yang kacau aku... Tapi yang sedihnya 'mamat' yang aku sayang 2 dh pergi tinggalkan aku dengan alasan dia nk bg aku bljar dan janji akan cari aku balik lepas habis SPM.. Aku pun percaya tapi x smpai smnggu lpas 2 aku dapat tau dia dah ada girl lain.. Ya Allah masa 2 hati aku hancur sangat-sangat..


Disebabkan kejadian 2 la aku nekad nak biarkan saja badan aku yg sderhana x gemuk dan x kurus.. Sbbnya aku nak dapatkan cinta sejati seorang lelaki.. Bagi aku buat apa aku nak jaga badan klu kita tak dapat cinta sejati seorang lelaki kan? Kalau nak dikira sakitnya bila orang tegur kita GEMUK mmg sakit.. Tapi sebenarnya dari segi ni kita dapat lihat keikhlasan seseorang itu.. Tapi jangan pulak sampai mengabaikan kesihatan diri..


So for those yang L  sizedan ke atas 2 janganla korang  rsa rndah diri @ malu sebab bila GEMUK ni kita dapat lihat keikhlasan sesorang 2.. Tak salah kalau korang nak kurus [aku pun skarang dah trunkan brat aku 4 kg] tapi janganla sampai korang menyiksa diri korang untuk cepat kurus dengan cara yang salah.. Biar lambat turun asalkan selamat.. Jangan mudah percaya dengan produk kurus yang dijual 2.. Pastikan korang tau apa isi kandungan produk dan dapat kelulusan ataupun tak..


Untuk orang kurus pulak jangan pulak korang sedih bila baca entry ni.. Ni cuma pendapat saya dan niat saya untuk menaikkan semangat orang yang plus size ni untuk rasa tidak terlalu merendah diri.. Korang yang kurus spatutnya bersyukur sebab x perlu mnghabiskan duit untuk kurus tapi pastikan kesihatan korang dijaga...  Jangan ingat bila korang makan banyak badan korang x naik selamat.. Sebab takut nanti lemak-lemak yang korang ambil 2 boleh mnyebabkan saluran darah korang trsumbat dan boleh terkena pnyakit jantung.. So apa yang perlu kita buat ialah exercise okey? ^_^


p/s : Nantikan next entry kisah persahabatan saya..