Assalamualaikum... (Tak jawab dosa, jawab sayang)
Pernah tak korang berfikir yang korang akan couple ngan kawan baik korang sendiri? Tak kan. Hee itula yang terjadi kat Pija. Kawan baik menjadi CINTA.
Macam mana boleh terjadi? Nak ceritala ni. Cita dia bermula macam ni.. [Awan atas kepala]
Sambungan daripada entry CINTAKU PART 2. Kan cik hubby dah cakap dia suka saya. Tapi ala suka ramai orang boleh suka. Belum tahap sayang lagi. So buat tak tau je masa tu boleh lagi lawak-lawak macam biasa. Apa perasaan Pija masa tu ek? Pija tak de apa-apa perasaan lagi masa tu sebab Pija tau tak mungin Pija akan suka kat dia. Tapi... satu hari ni Pija dapat call mak Pija sakit. Masa tu Pija sedih sangat-sangat. Masa tu yang ada kat sisi Pija yang kuatkan Pija cuma cik hubby. Masa ni la Pija dah start suka kat dia. [Kan Pija cakap Pija failed kalau lelaki caring ni memang suka la. Tambah pula dia ni baik] {cik hubby tolong jangan bangga kalau baca ni okey} Masa kat umah Pija saja nak usik dia Pija cakap kalau aku ajak hang couple nak tak? Haha. Masa tu memang niat Pija nak main-main je. Yela Pija tengah sedih nak jugak menggembirakan hati ni sebab tau mesti dia tak setuju pun kalau ajak. Yela masing-masing masih dalam keadaan frust dan tak boeh lupakan pasangan masing-masing. Lagipun Pija kalau boleh tak nak couple dah. Ingat nak bercinta lepas kawin je mesti sweet kan? ^_^
Tapi kan start dari hari tu kitorang rapat lain dari hari-hari lain. Panggilan nama pun dah tukar tau. Kalau dulu aku hang tapi dah upgrade sikit ye. Kawan-kawan pun ada perasan tapi memang tak de pa pe lagipun. But tak lama lepas tu Pija masih ingat hari tu hari Jumaat. Kawan Pija si C mesej cik hubby cakap yang dia masih sayangkan cik hubby. Okey. Bila cik hubby bagitau Pija, Pija tak tau nak cakap apa. Pija suruh ci hubby buat keputusan sendiri. Pija tak kisah lagipun memang C layak dapt cik hubby tapi kan tak tau kenapa masa tu Pija rasa hati Pija sakit, sedih. Pija nangis. Pija cuba untuk relakan tapi hati Pija sakit. Pija memang tak faham kenapa Pija rasa macam tu. Then Pija ceritakan dengan one of my friend and dia cakap sebenarnya Pija dah jatuh cinta but Pija tak nak ngaku sebab dia tu kawan baik Pija.
Walaupun Pija tau the truth tapi semua dah terlambat Pija dengan hubby gaduh teruk. Mungkin bukan jodoh kami. Time tu Pija selalu baca doa ni selepas solat.
Ya ALLAH
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan dia buka milikku
Bawalah dia jauh daripada pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku sari kekecewaan
But tak lama lepas tu satu hari ni Pija dapat mesej dari cik hubby dia cakap camni "Kalau aku ajak hang couple hang nak tak" Masa tu Pija tak tau napa Pija seronok sangat tapi dalam masa yang sama Pija terfikir pasal C. Dan halangan yang bakal kami akan hadapi. Tapi sebelum tu Pija dah tanya C and dia cakap dia tak kisah pun but I know dalam hati dia mesti sakit kan. Pija pun tak pernah minta semua ni terjadi. Pija tak tau napa wujudnya perasaan ni. Tapi tu la hakikat yang Pija terpaksa alami. Pija dah cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan tu tapi tak boleh. Dan akhirnya mesej tu pun Pija balas dengan jawapan "Mestila nak" sebab Pija dah tak larat nak menipu perasaan sendiri.
![]() |
| Abaikan Muka Pija yang buruk tu okey |
So aritu 6/3/2012 tepat jam 11.55 malam sahla kami sebangan pasangan couple. Tapi kami rahsiakan daripada orang ramai. Berlakon macam tak de pa pe la konon. Then macam mana orang lain tau. Ni on the next entry k. I'm not feeling well. Demam. Next entry cita macam mana sakitnya Pija terpaksa hadapi dan macam mana orang ramai dah start tau.




No comments:
Post a Comment