Domo

Tuesday, 31 July 2012

Nikah Gantung ^_^


Assalamualaikum. (Tak jawab dosa, jawab sayang)

Bila sebut je pasal nikah semua mata yang kecik mesti telah dibesarkan kan? Hihi dah jadi lumrah setiap manusia suka untuk berpasangan. 


Bila pija buka facebook hari ni pija ternampak gambar ni. Dalam hati pija ya Allah ibu bapa mana la yang sanggup buat anak dia macam ni. Tu tak kira kes buang anak lagi kan. Kalau dulu masa zaman jahiliah dorang tanam anak perempuan hidup-hidup tapi sekarang lagi teruk tak kira laki perempuan bunuh macam tu je. Inila yang tejadi bila zina terjadi lahirlah anak luar nikah. Tipula kan kalau nak cakp si ibu kepada bayi-bayi ni tak sayang anak diorang. Kalau tak buat apa diorang tunggu sembilan bulan 10 hari baru nak buang. Tapi disebabkan terlalu takut sebab tu la banyak benda macam ni berlaku.


So hari ni bukan pija nak cerita pasal kes buang anak ni. Pija nak cerita salah satu langkah untuk selesaikan masalah ni. Okey kebanyakan student zaman sekarang ni dah ramai yang beria-ria nak kawin. Kalau kuar date tu mengalahkan pasangan penanten. Hihi. Berkepit sana sini. Bak kata cik hubby kalau tengok girl linking arm dengan boyfie dia "Buat macam boyfriend dia nak lari ja" haha. So girl please jangan nak linking arm sangat kang korang kena kutuk dengan cik hubby saya ya and bagi lelaki di luar sana tak payahla nak peluk pinggang awek korang tu tak lari pun awek korang tu dari korang. Korang nak sweet tunggu lepas kawin okey. Takut nanti lepas kawin sorang hujung sana sorang hujung sini sebab dah penat bersweet-sweet ni. :P (hamboi sedapnya mengata orang cik pija oi)


Okey pija tau pasal nikah gantung ni masa terbaca dekat sinar harian. So disebabkan diriku yang gatal nak kawin ni teruslah search kat en. serbaguna en. google. Dan banyak jugala info yang pija dapat. . Nikah gantung ni memanga sangat fofular di kalangan student universiti. Yang sekolah tu korang spender pun mak beli lagi so duk diam. tak payah nak gatai sangat. Jadi kalau dah korang sayang sangat dah kat awek korang tu ni jela jalan penyelesaiannya. So let us explore about this nikah gantung. 

Nikah gantung(atau dalam bahasa arab nikah khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-sua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga boleh diringankan atau dilepaskan. Dalam kata lain majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akd (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga mas kahwin perlu dibayar (korang jangan cakap tak cukup duit mas kahwin murah ja okey). Untuk hantaran boleh ditangguhkan dahulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
  • Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
  • Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. (Janganla pula korang nak meraung-raung sebab anak yang korang lahirkan itu adalah sah hukumnya).
  • Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
  • Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
  • Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Haip ramai yang dah teruja ya. Mai kita explore tunag vs nikah gantung pulak. Hasil  dari copy dan paste kan temetemrity.blogspot.com.


NIKAH KHITBAH
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)
  • bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri sekali je ;P , selamatttt)

TUNANG

  • menyatakan hasrat kpd keluarga wanita, dan bertunang (hubungan bayangan)
  • masih tidak sah hubungan suami isteri dan tidak duduk bersama
  • bila dah bersedia, buat majlis akad nikah, buat walimatul urus, dan boleh duduk bersama apabila sudah sah hubungagn suami isteri.
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri 3 KALI PALING KURANG, amik kaw..)

the PROBLEM dalam masyarakat kita sekarang ialah.. "GATAL".. PENYAKIT GATAL YG MELANDA KETIKA TEMPOH TIDAK DUDUK BERSAMA..
tp penyakit GATAL ni tak salah kalau disalurkan dengan cara yg betul.. contohnya..
TIME DATING

PEGANG-PEGANG / MANJA-MANJAdan yang paling best...
SELAMAT DARI PENCABAR2 TERDEKAT

Hadis Rasulullah (saw)"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"




errrrr... teme hanye share maklumat... tiada niat terselindung

PSS : bertunang tak salah.. tp jgn "OVER".. silap pada masyarakat kita ialah, kita jadikan pertunangan tu sebagai "LESEN" utk lakukan maksiat... renung2kan... wallhualam~~



Okey tawan-tawan yang mana dah tahap excited state tu sila maklumkan kepda keluarga anda. Terima kasih. Hee. Tapi jangan pulak nikah gantung sampai ke tua. Melampaula tu tak dak tanggungjwawab langsung. Bila korang dah abis study dan sudah bekerja dan dah mampu, isteri anda akan dihantar ke rumah anda so jangan buat tak kenai isteri time tu noh.Untuk maklumat lanjut boleh la anda melayari cik google ataupun iluvislam.


So camna? Hee pija ngan cik hubby sebelum ni ada juga bersembang pasal nak kawin ni tapi pikiaq pasal tanggungjawab lepas kawin.. Erk.. bersediakah anda? Terutama cik hubby la. So hee lepas tau pasal nikah gantung ni. Hee (senyum sampai telinga) Wekk. Tak de la. Banyak lagi benda kami nak lalui. Lagipun kakak pija yang 2 orang tu tak kawen lagi melampau la kan kalau pija kawin dulu. Nak study pandai-pandai dulu. Cari duit banyak-banyak dulu. Memang boleh tapi cek tak mau ngandung masa kat universiti. Susah. Anak cek nanti tak dapat kasih ibu bapa yang secukupnya. (aiseh) Dannn cek muda lagi (Muda ka? Pija oi taon depan hang masuk pangkai 2 dah oi. Tapi perangai anda seperti orang yang baru masuk pangkai 1) For those yang tak paham anda bukan orang penang atau kedah ya. Hee. Tapi kalau sudah sampai jodohnya atau tertulis kawin awal akan ku kawin jua. Ya cek tau cek memang gatai. haha. 


p/s : Tak kan baca sila tinggalkan komen ye.


No comments:

Post a Comment